Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah

September 14, 2008

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Filed under: Politik — amizax @ 2:39 am
Tags: , ,

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan dikanunkan dalam tahun 1960 bagi menggantikan Ordinan Darurat 1948. Perlaksanaan ordinan ini untuk menjamin wujudnya suasana selamat dalam kehidupan rakyat di Tanah Melayu ketika itu.

Seksyen 73(1) akta berkenaan memperuntukan mereka yang ditahan sehingga 60 hari tanpa perbicaraan sebelum Menteri Dalam Negeri membuat keputusan sama ada penahanan itu perlu dilanjutkan atau tidak.

Sejarah ISA:

1987 – “Ops Lalang” – 100 orang ahli politik dan aktivis masyarakat ditahan.

Sept. 2007 – 5 pemimpin Hindraf (Hindu Rights Action Force) ditahan kerana mendalangi perhimpunan haram dan mencetuskan ketegangan dengan membangkitkan isu perkauman, mengikut Seksyen 8(1), yang membawa penahanan sehingga dua tahun. Kumpulan ini telah dipantau sejak 28 Julai 2007.

Antara kesalahan pesalah yang ditahan dibawah ISA:

1. Mereka yang terlibat secara langsung menimbulkan suasana yang boleh menghancurkan keamanan negara.

2. Pemalsuan wang syiling RM 1.00

3. Pemalsuan dokumen pengenalan

4. Pemalsuan pasport rakyat China

5. Penyeludup pendatang asing

6. Pembabitan dalam Jamaah Islamiah, Daulah Islamiah, Pemisah Selatan Tahiland dan Gerakan Militia Selatan Thailand.

7. Kegiatan bersifat politik diri yang cenderung memihak musuh negara (Zaman Konfrantasi Malaysia Indonesia – 1963 hingga 1964.

8. Ancaman subversif.

9. Digunakan untuk membendung pergaduhan kaum ketika Peristiwa 13 Mei 1969, rusuhan pelajar 1974 dan rusuhan petani di Baling pada 1974.

10. Kegiatan demontrasi yang menimbulkan hasutan dan kegelisahan rakyat,

11. Pendatang tanpa izin

12. Salah guna kuasa berhubung imigresen.

13. Pemilikan senjata api dan peluru tanpa permit / lesen, dan lain-lain.

Statistik ISA :

Sehingga Mei 2008 – 10,711 orang ditahan di bawah akta ini. Tempoh tahanan mengikut keperluan.

Terbaru – 12 Sept. 2008 :-(Seksyen 73(1))

a) Raja Petra Kamarudin ( pengendali laman web Malaysia Today) – Mencetuskan ketegangan kaum dalam penulisannya.

b) Teresa Kok, Exco Kerajaan Negeri Selangor (dari parti DAP) – Mempersoalkan laungan azan di masjid-masjid di sebelah pagi (Subuh) dan mengeluarkan arahan melarang azan dilaungkan menggunakan pembesar suara.

c) Tan Hoon Cheng (wartawan Sin Chew Daily) – Mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama dan sebabkan perdebatan terbuka melalui laporannya mengenai kenyataan kontarversi (bekas) Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Bendera, (Datuk) Ahmad Ismail yang dikatakan mendakwa orang Cina Malaysia pendatang (menumpang) di negara ini. Beliau bagaimanapun telah dibebaskan.

Memansuhkan ISA:

1. Gesaan dari parti-parti pembangkang (DAP, PAS, KeAdilan, dll) supaya akta ini dimansuhkan.

2. Parti Gerakan – Persidangan Perwakilan Nasional ke-28 pada tahun 1999 meluluskan usul meminta kerajaan memansuhkan akta ini.

3. Pada masa yang sama, Pergerakan Pemuda UMNO membantah kerana bimbang ada agenda politik di sebalik cadangan itu.

4. Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPK) menggesa kerajaan mengkategorikan kes-kes membabitkan gejala murtad sebagai kes yang mengancam keselamatan negara dan dibendung di bawah ISA.

Inilah Undang-undang Dunia….!

2 Comments »

  1. maklumat ini diambil dari wiki! boleh tolong cari maklumat benar dari sumber atau dokumen.TQ

    Comment by zul — September 28, 2008 @ 4:21 am | Reply

  2. Terima kasih atas komen Zul. Untuk maklumat anda, sumber yang saya gunakan adalah daripada pembacaan di akhbar-akhbar tempatan, buku-buku penerbitan tempatan dan beberapa maklumat sahih (White paper) dari internet.

    Teruskan komen anda yang membina. TQ

    Bersama kita menjana pemikiran ilmiah.

    Comment by amizax — November 25, 2008 @ 2:12 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

The Rubric Theme Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: