Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah

March 21, 2011

Facebook – Agenda Siapa?

SEJARAH FACEBOOK

Facebook adalah sebuah social networking yang baru saja dirintis pada tahun 2006 oleh seorang mahasiswa Harvard yang bernama Mark Zuckerberg. Mark Elliot Zuckerberg atau Mark Zuckerberg lahir lahir pada 14 Mei 1984 di Dobbs Ferry, Westchester County, New York, Amerika Serikat (AS).

Idea awal ketika dia bersekolah di Exeter High School, New Hampshire. Saat itulah dia berkenalan dengan Adam D’Angelo. Zuckerberg lulus dan masuk Harvard University, awalnya membuat program Coursematch yang memungkinkan mahasiswa di kelas yang sama dapat melihat daftar rakan-rakan sekelas. Projek selanjutnya membuat facemash.com. Dari situ para pengunjung boleh memberi komen “suka” atau “tidak suka” foto seorang siswa, dan membuat Zuckerberg dipanggil oleh Badan Pentadbiran Universitas Harvard kerana dianggap menceroboh sistem komputer kampus, melanggar peraturan privasi di internet, dan melanggar hak cipta.

Oleh kerana itu ia mebuat Facebook dan dilancarkanya pada tahun 2004. Dalam waktu singkat duapertiga mahasiswa Harvard jadi pengguna Facebook. Teman sebiliknya, Dustin Moskovitz dan Chris Hugh, berhasil mengembangkan sayap ke Universitas Stanford, Columbia, Yale, Ivy College, dan beberapa sekolah lainnya di wilayah Boston. Dalam waktu singkat, mereka meluncurkan Facebook ke 30 sekolah.

Zuckerberg bersama Moskovitz dan beberapa teman lain pindah ke Palo Alto, California, cuti musim panas 2004 menyewa rumah kecil buat pejabat. Oleh kerana ingin mengerjakan Facebook dengan serius mereka meninggalkan Harvard. Di pejabatnya itulah Zuckerberg bertemu Peter Thiel, pencipta Paypal, dengan dana sebesar US$ 500.000 ,merupakan pelabur pertama mereka sehingga mereka dapat pindah ke pejabat yang lebih besar di di Universitas Avenue yang dinamai sebagai pejabat “Kampus Urban”.
Pada 23 Ogos 2005 Zuckerberg membeli domain facebook.com dari Aboutface Corporation senilai US$ 200.000 . Pada 2 September 2005, Zuckerberg melancarkan Facebook khusus untuk kanak-kanak sekolah menengah atas. Hanya dalam waktu 15 hari sejak peluncurannya, sebagian besar sekolah di AS sudah menjadi anggotanya. pada akhir tahun 2005, Facebook telah mencakup sekitar 2.000 kampus dan 25.000 sekolah menengah atas di AS, Kanada, Inggeris, Mexico, Puerto Riko, Australia, Selandia Baru, dan Irland.

Pada 27 Februari 2006, dia mulai mengizinkan para mahasiswa yang menjadi pengguna untuk menambahkan siswa-siswa sekolah menengah atas sebagai temannya. BusinessWeek, melansir kabar bahwa Zuckerberg tengah berbincang dengan calon pembeli potensi Facebook. Tapi, akhirnya, dia menolak tawaran yang disebut-sebut bernilai US$ 750 juta kerana, Zuckerberg menganggap harga itu terlalu murah.

Pada April 2006, pelabur pertama , iaitu Peter Thiel, Greylock Partners, dan Meritech Capital Partners, menambah pelaburan di Facebook dengan mengemukakan dana US$ 25 juta. Facebook pun masuk ke India melalui Institut Teknologi India dan Institut Manajemen India.

Dia juga memberikan fasiliti Facebook Notes. Fitur baru ini merupakan fitur blogging yang memungkinkan pengguna memberikan tagging, memasukkan gambar, dan fitur-fitur lainnya. Selain itu, pengguna dapat mengimpot blog dari situs Xanga, LiveJournal, Blogger, dan situs blogging lainnya. Berkat fitur baru tersebut, pembaca dapat memberikan komentar terhadap tulisan yang dimuat pengguna Facebook. September 2006, Zuckerberg membuka layanan Facebook bagi semua pengguna internet. Namun, langkah ini justru menuai protes dari para pengguna dan pelanggan setianya. Alhasil, dua minggu berselang Facebook terpaksa membenahi layanan baru itu dengan membuka pendaftaran bagi pengguna internet yang mempunyai alamat surat atau e-mail yang  jelas.

Peter Thiel, memprediksi pendapatan situs ini pada 2015 nanti dapat mencapai US$ 1 milion. Pada saat itu, nilai perusahaan pun bakal ikut meroket menjadi sekitar US$ 8 milion. Ada juga iklan baris gratis di Facebook. Fitur yang diberi nama Facebook Marketplace ini dilancarkan pada 14 Mei 2007. Layanan baru ini pun langsung menjadi pesaing perusahaan-perusahaan online lain. Craigslist yang sudah lebih dulu menempatkan iklan baris di situsnya. Bisnes Zuckerberg pun kian mengalir lancar. Bahkan, Apple rela memperpanjang kerja sama dengan Facebook untuk memajang contoh muzik iTunes.

Facebook membeli perusahaan Parakey Inc., dari Blake Ross dan Joe Hewitt, pada Julai 2007. Parakey adalah produksi aplikasi komputer yang mempermudah transfer data berupa tulisan, gambar, dan video ke sebuah situs di internet. Bill Gates, pada Oktober 2007 membeli 1,6% saham Facebook seharga US$ 240 juta.  Zuckerberg tidak berniat menjual semua saham Facebook sekaligus. Alasannya sederhana dan sungguh mulia, dia ingin Facebook tetap bebas.

Pada 7 November 2007, situs ini meluncurkan layanan terbaru berupa pemasangan iklan dengan sistem yang disebut Facebook Beacon. Triliuner Hongkong, Li Ka-shing, tertarik untuk menanamkan duit senilai US$ 60 juta di Facebook pada 30 November 2007.

Sekarang jumlah pegawainya sendiri telah mencapai 400 orang. Namun, Facebook adalah perusahaan unik. para eksekutif dan pegawainya masih berusia muda, antara 24 tahun-37 tahun. Markas besar Facebook lebih mirip asrama mahasiswa. Para pegawai, yang setiap hari mendapat jatah makan gratis, bekerja sambil melakukan kegiatan favoritnya. Ada yang bermain gitar, bermotor, main pesawat kontrol, atau menari ditemani muzik racikan seorang disc jockey (DJ). Mereka juga tak perlu berpakaian rapi. Seluar pendek dan kasut sandal  adalah kostum kegemaran mereka di pejabat. Zuckerberg mengaku kurang selesa dengan suasana pejabat yang terlalu formal.

Meski sudah mampu menghimpun harta kekayaan hingga US$ 3 milion , Zuckerberg tetap tampil apa adanya, seperti pemuda kebanyakan yang menggemari pakaian santai.

Sumber : http://id.shvoong.com/humanities/history/1946922-sejarah-facebook/

DOSA-DOSA FACEBOOK

Saya yakin bahawa 9 daripada 10 pelayar blog ni mempunyai akaun Facebook dan sekali lagi saya yakin bahawa tiada satupun dari 9 tersebut yang mengambil berat akan dosa-dosa yang mungkin berlaku tanpa sedar mahupun secara sengaja. Maka dengan itu, saya rasa teruja untuk berkongsi hasil tulisan Ustaz Zaharuddin melalui blog’nya yang bertajuk Dosa-Dosa & Facebook.

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini.

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a – Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b – Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c – Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent’, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


FACEBOOK : PHOTOS & TAGGING YANG MENGUNDANG DOSA

Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

PERTAMA: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

KEDUA: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh.

Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

http://www.fauzisabri.com/2010/03/facebook-photos-tagging-yang-mengundang.html

 

September 27, 2009

Ramadhan Dan Aidilfitri – Muhasabah Diri

Filed under: Agama,Sosiologi — amizax @ 1:32 am
Tags: ,

Dengan penuh syukur dan puji-pujian terhadap Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia dan innayahNya, kita dilanjutkan usia hingga ke saat ini. Walau pun dengan rasa sedih melepaskan Ramadhan berlalu, kita patut terus memanjatkan kesyukuran dengan kehadiran Aidil fitri.

Ramadhan dikatakan oleh para ulama dan at`tabiin sebagai madrasah yang mampu mengubah, membaiki dan memperbetulkan peribadi seseorang muslim. Bulan Ramadhan juga, adalah salah satu bulan yang mempunyai banyak keberkatannya. Fasa pertamanya dipenuhi rahmat, fasa kedua pula dengan penuh makfirah dan fasa ketiga sebagai pembebasan dari api neraka.

Betapa banyaknya rahmat diturunkan Allah pada bulan Ramadhan, muslimin-musliman berlumba-lumba mencari, dan membuat kebaikan. Sama ada dari segi infaq wang ringgit, tenaga, beribadah wajib dan sunat serta pelbagai kebaikan lagi. Makfirahnya Ramadhan membuktikan kepada kita dimana pada setiap malam fasa pertama dan kedua, muslimin dan musliman berduyun-duyun membanjiri masjid bermula seawal Subuh, Zohor, Asar dan Isyak dan diikuti dengan sunat Terawih, walau pun masih ada umat yang mempertikaikan berapakah bilangan sembayang sunat tarawih yang patut didirikan.  Peribadi umat nampaknya semakin baik, tawaduk dan zuhud. Hubungan silatulrahim dipereratkan baik semasa bertukar-tukar juadah, berbuka puasa bersama di masjid mahu pun selepat solat tarawih. Semuanya nampak begitu harmoni.

Namun tidak semua muslimin dan muslimat berjaya mengharungi Ramadhan dengan sempurna. Tidak kurang yang tewas dan kecundang, sama ada dalam fasa pertama, kedua mahu pun yang ketiga. Biarpun Syaitan telah dirantai dan dibelenggu oleh Allah Taala, namun masih kedengaran pelbagai kelakuan sumbang, dosa dan noda yang terpampang di dada akhbar mahupun skrin televisyen. Dan yang anehnya, program-program berbentuk keagamaan mula mendapat tempat dalam siaran televisyen.

Juga tidak semua muslimin dan muslimat mencapai tahap “Ketakwaan” yang dikehendaki apabila menjelangnya Aidil Fitri. Aidil Fitri adalah hari kemenangan. Kemenangan dalam konteks sebenarnya ialah kemenangan menundukkan hawa nafsu, dan berjaya membentuk peribadi muslim yang diredai. Suasana kesyahduan semasa Ramadhan makin mula tercemar menjelang fasa ketiga. Media massa makin kembali kedasar asalnya dengan promosi menwar-warkan siaran kegemaran ramai – HIBURAN. Peribadi umat pada fasa pertama Ramadhan mula bertukar corak. Sifat-sifat mazmummah mulai ketara seperti sebelum Ramadhan. Unsur-unsur riak, angkuh dan sombong mula menapak dihati, walaupun SYAITAN masih belum dibebaskan.

Walau sesedih dan sepilu manapun, Ramadhan tetap berlalu, dan Aidil Fitri mengantikannya. Begitulah silih berganti hingga hari kiamat. Sesuai dengan “Kefitrahannya”, Aidil Fitri sepatutnya disambut dengan penuh bermaknahasil didikan semasa Ramadhan. Jika pada fasa pertama Ramahdan, umat terdidik dengan sifat ihsan dan belas kasihan, betawaddu dan zuhud, kini berubah dengan mendadak apabila kedengan laungan takbir Hari Raya. Tidak ramai yang berjaya bertakbir dengan penuh khsuyuk dan tawadduk apabila menjelang Aidil Fitri. Keadaan mula kembali seperti keadaan sebelum Ramadhan. Masjid semakin berkurangan pengunjungnya, ibadat semakin berkurangan kusyuknya Sifat-sifat maazmummah sudah mula menggantikan sifat-sifat mahmuddah. Kini “SYAITAN” telah dibebaskan, dan terus memusnahkan anak Adam.

sejauhmana Ramadhan Al-Mubbarak berjaya mentarbiayahkan umat Islam, dapat dibuktikan apabila Syawal menjelma. Tidak ramai manusia muslim yang berjaya mengistiqammahkan apa yang dilakukan semasa bulan Ramahdan dulu. Ramai yang kecundang dan musnah dengan sekelip mata. Tidak ramai yang berjaya mencapai tahap KETAKWAAN yang dikehendaki Allah. Tidak ramai yang berjaya mengaplikasikan perlakuan semasa dalam bulan Ramadhan dalam bulan-bulan selepasnya. Begitu ramai yang kecundang. DIMANAKAH KITA.

4 Syawal 1430 H membuktikan kenyataan ini. Kisah sekeluarga “muslim” yang dikatakan alim pada pandangan umum sebenarnya adalah pengikut syaitan. Apakah tidaknya, pada hari mulia tersebut, sepatutnya semua umat Islam memperkukuhkan hubungan silatul rahim antara satu sama lain, saling bermaafan dan berkasih sayang tetapi bagi keluarga ini, adalah disebaliknya. Kerana PHD (Perasaan Hasad Dengki), mereka sanggup merosakkan harta benda jiran mereka semasa jiran mereka itu tiada di rumah. Mereka yang sepatutnya menjaga harta benda jiran mereka, sebagai tanda “JIRAN MUAFAKAT”, sebaliknya mengairi air dari rumah mereka ke rumah jiran mereka dan merosakkan serta memusnahkan syiling jiran mereka. HJ JAAFAR dan 6 ahli keluarga ternyata gagal dalam ujian dan tarbiyah Ramadhan.  Mereka terus menjadi pengikut SYAITAN yang setia. Waa-nauzzubillah.

May 2, 2009

Selingkar Kisah

Filed under: Budaya Ilmu — amizax @ 3:52 pm
Tags:

“Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi.”


Demikian tegas Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar cemerlang SPM 2008 Lahir di Pengkalan Chepa, Kelantan. Pencapaian Nik Nur Madihah mendapat 20A telah ‘menggemparkan’ negara kerana kejayaan ini diperolehi dalam keadaan hidup beliau yang serba daif seperti yang dipaparkan oleh media massa.

Ikuti sedikit kisah hidupnya buat renungan kita bersama dan boleh diteladani oleh semua remaja:-

Saya berasal daripada keluarga yang sederhana. Ayah saya seorang nelayan dan ibu saya sebelum ini seorang suri rumah sepenuh masa. Cuma bila saya telah tamat peperiksaan SPM dan mula bercuti, ibu saya bekerja sementara sebegai tukang dapur di Universiti Malaysia Kelantan. Saya merupakan anak sulung dari empat orang adik-beradik. Adik bongsu saya bersekolah dalam darjah lima.

Rutin harian saya macam pelajar biasa juga. Pergi dan balik sekolah. Kemudian menunaikan kewajipan sebagai pelajar Islam dan sebagai seorang anak, sama seperti pelajar-pelajar biasa.

Saya tidak mempunyai waktu bangun tidur yang tetap. Jika saya tidur awal, saya akan bangun pada pukul 4 atau 5 pagi. Kadang-kadang saya akan belajar sehingga pukul 2 pagi, tidur dan bangun pada subuh keesokan harinya.

Saya belajar seperti orang lain juga. Saya baca buku seperti orang lain juga. Cuma apa yang lebih mungkin dari segi kesedaran yang saya membawa tanggungjawab yang besar. Saya sedar, saya adalah harapan ibu bapa dan ingin mengubah nasib mereka. Jadi saya kena selalu memotivasikan diri, kuatkan diri dan selalu dekatkan diri dengan Allah SWT kerana hubungan kita dengan Allah itulah yang berikan kita kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini.

Pertama sekali, yang paling penting ialah fokus seratus peratus di dalam kelas. Saya tidak mengambil mana-mana kelas tuisyen di luar dan bergantung seratus-peratus dengan pelajaran di sekolah. Jika ada perkara yang saya tidak faham, saya akan cepat-cepat berjumpa dengan cikgu tanpa bertangguh. Saya suka bertanya soalan kepada cikgu dan selalu berjumpa dan mendapatkan nasihat dari cikgu apabila saya mendapat markah yang rendah dan tidak memuaskan. Saya sentiasa mencari masa terluang kerana cikgu tidak akan sempat untuk menumpukan masanya kepada saya seorang di dalam kelas. Jadi saya akan berjumpa dengan cikgu walaupun pada waktu petang.

Terdapat banyak faktor yang mendorong saya untuk mengambil sehingga 20 subjek. Pertama, Islam sendiri menyuruh umatnya menuntut ilmu. Walaupun mengambil 20 subjek ini nampak sukar dan banyak, tetapi saya yakin jika kita niatkan menuntut ilmu kerana Allah Ta’ala, insya Allah semua itu akan jadi mudah dan akan dapat merasa kemanisan dalam menuntut ilmu. Seterusnya adalah faktor keluarga. Pada pemerhatian saya, kebanyakan pelajar terbaik datang dari keluarga yang senang. Jadi saya cuba mengambil langkah untuk membuktikan bahawa kemiskinan itu bukan penghalang kejayaan seseorang. Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk atau membanggakan diri. Faktor yang ketiga ialah guru-guru. Guru-guru selalu memberi saya harapan dan ingin melihat saya mencipta satu kejayaan untuk sekolah.

Islam mengajar kita untuk berjaya. Saya lihat di sekeliling kita, umat kita semakin diperlekehkan dan semakin ditindas. Jadi, sudah tiba masanya untuk umat Islam bangkit kembali dan tiada cara lain, melainkan dengan melengkapkan diri dengan ilmu. Siapa yang mendorong saya? Sudah tentulah ibu bapa dan guru-guru. Ibu bapa yang memberikan kepercayaan penuh kepada saya untuk melihat saya berjaya dan mengubah nasib keluarga. Guru-guru selalu memberikan saya harapan dan selalu menasihatkan saya agar belajar bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik untuk kita naikkan nama pelajar Islam.

Rakan-rakan semuanya membantu. Apabila saya menyatakan untuk mengambil 20 subjek, mereka memberikan dorongan. Apabila saya ingin bertanya sesuatu yang saya tidak faham, mereka sentiasa membantu dan menyokong dari belakang. Kami semua dari Maahad Muhammadi (Perempuan) sedar yang kami memikul tanggungjawab yang besar.

Saya hanya mengambil 12 subjek teras (belajar secara formal di sekolah). Lapan subjek lagi saya belajar sendiri. Tiga dari lapan subjek tersebut mendapat bimbingan cikgu dari luar. Cikgu akan mengumpulkan pelajar-pelajar yang mengambil subjek tambahan dan mengadakan kelas pada waktu petang, hari Jumaat atau Sabtu serta pada hari cuti yang panjang.

Kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan dalam pelajaran adalah dua perkara yang amat berkaitan. Bagi saya, jika ditinggalkan salah satu, maka kita tidak akan berjaya. Kedua-duanya perlu diambil berat. Ini kerana, sebagai umat Islam, kita tidak mahu sekadar berjaya di atas dunia sahaja kerana kita yakin bahawa kehidupan selepas mati itu wujud dan kita yakin bahawa negeri akhirat itu adalah kehidupan yang kekal abadi. Kerana itulah, kewajipan terhadap agama kita perlu letakkan di tempat yang pertama. Kemudian kita terus berusaha dan buat yang terbaik serta kita niatkan kerana Allah Ta’ala. Kita tidak mahu sekadar berjaya di atas dunia sahaja, kita mahu berjaya di akhirat juga.

Allah SWT telah berfirman, Allah akan memberikan kejayaan kepada sesiapa sahaja yang berusaha, tidak kira sama ada Islam atau sebaliknya.Yang penting ialah keredhaan Allah Ta’ala. Kita tidak mahu sekadar menjadi seorang pelajar yang berjaya, tetapi kita ingin juga mempunyai sahsiah dan peribadi yang mulia sebab kita hidup bukan hanya seorang diri tetapi kita hidup bermasyarakat. Biarlah kita menjadi model untuk orang lain mempelajari ajaran Islam yang sebenar.

Bagi saya, perkara yang paling pokok, paling utama, dan paling mustahak ialah pendidikan agama bagi pelajar Islam dan pendidikan moral bagi pelajar bukan Islam. Ini kerana bagi pelajar Islam khususnya, bila kita belajar tentang agama dan praktikkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian, istilah terjebak dengan gejala sosial ini tidak akan wujud. Ini kerana Islam ialah agama yang indah dan syumul. Inilah cara yang terbaik dan paling utama untuk membanteras gejala sosial. Bagi pelajar bukan Islam, kita didik mereka dengan pendidikan moral dan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Sebenarnya terdapat ramai pelajar beraliran agama yang berjaya. Entah bagaimana, kejayaan mereka seperti tersembunyi. Contohnya dari sekolah saya sendiri, terdapat ramai bekas pelajar yang mengambil PhD, keluar sebagai doktor dan sebagainya. Alhamdulillah, mereka berjaya kerana apabila didikan agama sudah kuat, kekuatan rohani telah kukuh, insyaAllah, perkara-perkara lain akan jadi mudah. Cara untuk meramaikan lagi pelajar beraliran agama yang berjaya ialah kita perlu meletakkan mereka dan juga para ulama di tempat yang sepatutnya dan mulia agar masyarakat melihat para ulama sebagai peribadi yang harus disanjung dan dijadikan ikutan.

Sebagaimana yang agama kita telah ajarkan, kita buat sesuatu biarlah kerana Allah Ta’ala dan biarlah kita berbakti di jalan-Nya, walau siapapun kita. Supaya Islam boleh tumpang. Seterusnya, bagi diri saya sendiri, dalam bidang apa pun yang saya ceburi kelak, saya harap dilakukan kerana Allah Ta’ala dan cuba sedaya upaya untuk praktikkan segala yang dipelajari untuk berkhidmat kepada masyarakat. Walau dalam bidang apapun yang diceburi, kita letakkan berkhidmat kepada Allah Ta’ala sebagai matlamat yang utama.

Pertama sekali, saya pilih bidang fizik ini kerana saya berminat dan telah ‘jatuh hati’ sejak mula mempelajarinya. Saya juga perhatikan bahawan bidang ini kurang dikuasai oleh orang Islam. Jadi, saya ingin mendalami bidang ini kerana pada pandangan saya, Fizik mampu memainkan peranan yang penting dalam banyak bidang terutamanya dalam bidang teknologi. Saya merasakan penguasaan teknologi perlu untuk umat Islam kembali menguasai dunia.

Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan adik-adik generasi muda, termasuk diri saya sendiri, yang kita perlu sedar bahawa sudah tiba masanya untuk kita bangkit kembali dan sedar dari tidur yang lena. Maksud saya di sini ialah, kita perlu belajar bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu pengetahuan. Dengan cara itu kita akan mencapai kejayaan. Elakkan diri dari terlibat dengan gejala sosial kerana itu ialah jarum yang dicucuk pada umat Islam yang pada masa kini kita tewas. Jadi sudah tiba masanya untuk bangkit kembali. Sentiasa ingat bahawa kita hidup untuk Allah Ta’ala dan kita perlu berusaha denga cara yang terbaik bagi meletakkan Islam pada tempatnya.

Dipetik daripada :- http://wanitaisma.wordpress.com/2009/04/23/agama-dan-akademik-mesti-seiringan-nik-nur-madihah/

Senarai Pelajar Cemerlang Tahun 2003 – 2008:-

http://www.bmspm.net/pelajarcemerlang.htm


March 24, 2009

Rintihan Seorang Guru

Filed under: Kerjaya — amizax @ 2:32 pm
Tags: , , ,

Begitu tersentuh apabila Dinsman mengutarakan artikelnya yang bertajuk “Menunggu guru bersama budayawan bantah PPSMI”. Aku bukanlah seorang guru bahasa yang boleh mengetik susunan dan laras bahasa yang sesuai.

Aku hanya guru biasa yang berada jauh di ceruk mata masyarakat. Memang aku, mewakili sebahagian guru yang hanya mampu menahan amarah, bila mana kelihatan “bacul” menunggu orang lain melontarkan masalah kami untuk diselesaikan. Mengapa “bacul” lebih sesuai untuk kami. Secara praktikalnya, kami guru-guru Malaysia telah lama dan mungkin akan selama-lamanya dimomokkan oleh penguasa yang sedia ada. Macam-macam ancaman dan pekeliling telah membelenggu kami. Tidak cukup dibelenggu dengan segala macam momokan, bebanan tugas dari masa kesemasa disuap sehingga tersengkak tak terkuasa untuk digalas. Bagaikan guru ini adalah “super power” yang boleh menyelesaikan kesemua permasalan dunia ini. Masyarakat tidak mempunyai nilai, lalu matapelajaran Sivik dan Kenegaraan diperkenalkan. Bila kuantiti moral masyarakat merudum maka ada ura-ura untuk mewajibkan semua pelajar mempelajari Pendidikan Moral. Apabila berlaku kes penculikan kanak-kanak maka akan diperkenalkan pula sistem pembelajaran sehingga jam empat petang.

Guru-guru terseksa Tidak tahukah mereka bahawa guru-guru sekarang ini membawa buku-buku anak murid untuk diperiksa di rumah. Tidak tahukah mereka bahawa guru-guru sekarang ini balik ke rumah pada jam dua petang dan kembali semula ke sekolah untuk aktiviti ko-kurikulum, tuisyen dalaman yang tidak berbayar, menceriakan sekolah, membuat laporan itu dan ini untuk pentadbiran dan jabatan, menjaga pelajar selama 24 jam sebagai warden yang melayan kerenah 300 ke 500 pelajar (ibu bapa sendiri pun tak bersama 24 jam),dan macam-macam kerja lagi yang kalau diperincikan maka akan terpacul masyarakat berkata kami ini terlalu berkira. Sudah menjadi satu macam sumpahan kepada kami, bahawa penguasa bila-bila masa boleh mencabut rezeki kami. Takut benar kami bila mendengar Ulu Tembeling, Lembah Danum dan segala macam tempat yang tidak pernah terlintas dalam pendengaran kami.

Kami telah begitu lama diancam sebegini. Pantang mendengar sedikit sahaja berita bahawa kami tidak sesekutu dengan pentadbiran maka macam-macamlah di buatnya. Pentadbir yang dilantik untuk menjilat ludah penguasa, menjadi mata dan telinga walau penjilat-penjilat ini pekak dan buta, dengan rakus menunggu masa untuk menghukum sesiapa sahaja. Surat tunjuk sebab, dipindahkan 24 jam, diburu seperti pesalah, sehinggakan sudah mengandung lapan bulan pun gambar diambil kerana duduk semasa mengajar dan dipaparkan dalam mesyuarat atau perkembangan staf.

Bertambah teruk lagi kesalahan tersebut diulang tayang walaupun anak yang dikandung telah berusia dua tahun. Hendak bersuara secara lantang pun kami terpaksa berfikir-fikir. Hubungan masyarakat pun kian meruncing! Sudahlah di sekolah begitu, berada dalam masyarakat pun apa kurangnya, pantang kita duduk bermuzakarah isu semasa yang menjentik batang hidung penguasa, maka berdedailah maklumat sampai ke sekolah, jabatan dan malahan ke kementerian. Mengatakan diri kami ini tidak sedar diuntung. Sudah diberi gaji mahu memberontak pula. Mengharapkan kesatuan-kesatuan guru mereka samalah seperti kami, terpaksa berteluku lutut di bawah telunjuk penguasa, cakap lebih-lebih nanti tindakan akan menjelma.

Kami bukan macam doktor, yang boleh meletak jawatan kerana diarahkan ke kawasan pendalaman, lalu dipujuk semula dengan macam-macam insentif. Itu belum dikira para doktor yang membuat locum (bayaran puluhan hingga ratusan ringgit sejam) dan memiliki klinik persendirian. “Kalau Makcik nak sihat lagi bolehlah datang ke klinik nie ye makcik”. Lalu menghulurkan sekeping kad nama. Terpukul betul bila mendengar kata-kata tersebut. Kami guru-guru, nak buat tuisyen kat rumah dengan untung RM20 untuk satu sesi pun dihalang bagai nak rak. Yang dengki sangat pada kami ni apasal? Akhirnya kami memencilkan diri sehingga kami boleh diinjak-injak tanpa rasa hormat. Menjadi “bacul” bertaraf profersional. Bagi kami, yang seperti sudah putus harap ini, biarlah orang lain melaungkan perasaan kami ini. Laungkanlah supaya si Dr tua itu dengar akan keperitan masyarakat.

Kalaulah penguasa itu hendak meneruskan PPSMI biarkan dia, kami tetap akan mengajar dalam Bahasa Melayu. Kami berlapang dada menjemput penguasa itu datang mencemar duli untuk datang ke sekolah pinggir bandar dan lihat sendiri kebanggaan yang diwar-warkan peratusan Lulus Peperiksaan Awam bagi matematik dan sains meningkat. Guru-guru dah lama lawan PPSMI Sebenarnya kami sudah lama menentang PPSMI semenjak awal lagi, tapi dengan cara kami. Terima kasih kepada GMP dan seluruh rakyat yang masih mengasihani nasib anak-anak bangsa kita.

GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia,

Berikrar & berjanji,

Membimbing & mendidik,

Putera puteri negara kita,

Pada Seri Paduka,

Kami tumpahkan setia,

Rukun Negara kita,

Panduan hidup kami semua,

Di bidang pembangunan,

Kami tetap bersama,

Membantu,

membina,

Negara yang tercinta,

Amanah yang diberi,

Kami tak persiakan,

Apa yang kami janji,

Tunai tetap kami tunaikan.

Kepada Duli Tuanku,Kami dari dulu lama lagi, telah berjanji akan sentiasa setia kepada Tuanku. Dengarlah rintihan kami.

Petikan :http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019854&Itemid=90

Theme: Rubric. Get a free blog at WordPress.com

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.