Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah

January 1, 2008

Welcome To Amizax`s Weblog

Filed under: Budaya Ilmu,Kerjaya — amizax @ 11:31 pm
Tags: , , ,

Selamat Datang Ke Amizax`s Weblog.

Penghasilan blog ini adalah satu usaha murni untuk bersama menjana pemikiran secara ilmiah di kalangan masyarakat, khususnya di kalangan masyarakat pendidik  negara ini. Umum sedia maklum bahawa dalam era globalisasi dan ledakan penggunaan teknologi ICT, blog adalah antara beberapa wadah maklumat yang paling popular. Menyedari hakikat bahawa dalam menuju Wawasan 2020, kerajaan sedang dan telah membangunkan prasarana ICT untuk kemudahan masyarakat Malaysia khususnya. Bagi menyahut cabaran dan peluang yang ada, maka saya berpendapat penghasilan blog seumpama ini perlu dan semua warga pendidik khususnya mengambil peluang yang ada bagi berkomunikasi secara ilmiah secara bertukar idea  dan pendapat terhadap sesuatu isu.

Penghasilan blog ini atas dasar membudayakan penulisan ilmiah di kalangan pendidik. Semua maklumat yang dicatatkan dalam blog ini bersandarkan fakta dan rujukan ilmiah yang dinyatakan di bahagian nota bawah. Bagi pelawat yang ingin memberikan komen (komen anda sentiasa dialu-alukan), diharapkan memberikan komen secara profesional. Secara tidak langsung, akan dapat memupuk buadaya membaca dan merealisasikan hasrat untuk mewujudkan budaya belajar sepanjang hayat di kalangan masyarakat Malaysia.

Blog ini juga diharapkan akan menjadi medan perkongsian idea, dan reprotesari maklumat. Bagi pelawat yang inginkan respon secara terus, bolehlah menyertakan alamat email di dalam komen anda. Anda juga boleh berkomunikasi secara terus dengan penulis melalui ruangan “Chat” yang disediakan dalam blog ini.

Marilah kita memanfaatkan teknologi terkini ini untuk sama-sama membangunkan personaliti diri yang positif, mengukuh dan mempertajamkan pemikiran, dan mencerna idea-idea positif demi kebaikan bersama.

Komen anda dialu-alukan.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: