Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah

February 12, 2008

Hak Keadilan Asasi Penjawat Awam

Filed under: Kerjaya — amizax @ 3:40 pm
Tags: , ,

Konsep Hak Keadilan Asasi

Hakim Lord Hewart dalam kes mahkamah yang agak terkenal R lwn Sessex Justices ex parte Mc Carthy (1924, 1 KB 256, hal. 259), menyebut:

“Adalah menjadi keperluan asas bahawa keadilan bukan sahaja dilaksanakan, tetapi juga dipastikan yang ia dilaksanakan

Profesor De Smith dalam bukunya, Constitutional and Administrative Law, Edisi Ke-5, Harrt Sheet dan Rodney Brazier(ed.) Middlesex; Penguin Books Ltd. Hal, 582, menyebut:

Peraturan keadilan asasi adalah taraf minimum dalam membuat keputusan yang saksama yang dikenakan oleh undang-undang terhadap orang atau badan yang bertugas bertindak secara kehakiman…. Isi kandungan keadilan asasi boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian dan berbeza-beza… yang penting ialah kepentingan pihak terlibat perlu diambil kira dan dicapai tanpa berat sebelah dan selepas peluang yang secukupnya diberikan kepada pihak yang berkenaan untuk membentangkan kesnya”.

Sumber : Abdul Aziz Hussin, 2002, “Undang-Undang Yang Mengenai Kelakuan Dan Tatatertib Penjawat Awam – Hak dan Tanggungjawab”DBP, Kuala Lumpur.

Persoalan :-

  1. Adakah hak dan keadilan benar-benar terlaksana di kalangan penjawat awam?
  2. Sekiranya ada, sejauh manakah hak-hak seseorang penjawat awam dalam perjawatannya.
  3. Adakah seseorang penjawat awam diberi peluang untuk membentangkan pendapat, inspirasi, dan hak-haknya.
  4. Didalam membuat sesuatu keputusan organisasi, adakah seseorang penjawat awam dibenarkan mengemukakan tuntutan hak yang berkaitan dengannya, atau sesuatu keputusan itu diputuskan oleh barisan pemimpin tertinggi sahaja. Jika berlaku keadaan seumpama ini, bolehkah seseorang penjawat awam itu menuntut haknya.
  5. Adakah kepentingan umum diambil kira dalam sesuatu organisasi, dan apakah keputusan yang dibuat benar-benar adil tanpa berat sebelah, atau dipengaruhi oleh kronisme, rasisme, mahupun genderism.
  6. Arahan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 1/ 2008 – KP(KSU)001(8), bertarikh 20 Mac 2008; dalam mendefinisikan konsep Akauntabiliti, menyebut “…….jika Pegawai Awam menjalankan tugas-tugas dengan baik ia harus diberi galakan dan pengiktirafan yang sesuai”. Apakah benar semua penjawat awam diberikan hak seperti ini atau hanya pegawai awam yang tertentu sahaja berpeluang menikmati “pengiktirafan ini”.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: