Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah

August 12, 2008

Tahniah!

Filed under: Kerjaya — amizax @ 3:14 pm
Tags: ,

Sekalung tahniah buat semua GPM (Guru Perpustakaan Dan Media) yang telah, sedang dan akan dilantik. Jasa dan pengorbanan anda (dari segi masa, tenaga dan wang ringgit) akan diberkati Allah dan sebagai aset di akhirat kelak.

Tetapi tahukah anda, beberapa risiko, halangan dan rintangan telah, akan dan bakal menyusul;

1. Anda akan “tersisih” dari rakan-rakan anda kerana anda akan berada di bilik yang jauh/atas dan anda terpaksa menghabiskan banyak masa “di dunia”  anda. Banyak tugasan yang dipikul dan perlu diselesaikan hari demi hari, tanpa jemu dan bosan.

2. Anda akan mengharungi hari-hari mendatang dengan pelbagai tugasan rutin, bermula dari tugas orang pengawal keselamatan (membuka dan menutup pintu), pencuci (menyapu dan mengemas bilik), amah (mengemas dan menyusun bahan), pemimpin (menyelia pustakawan), pemikir (program dan aktiviti), Along (mengutip bahan yang tidak atau lewat di hantar, denda dsb) hinggalah kepada seorang ustaz atau ustazah (menasihati pelajar supaya berkelakuan baik). Semuanya ini kerana anda adalah segalanya; walaupun kadangkala anda mempunyai ramai rakan “seangkatan” yang hadir pada nama sahaja, tanpa jasad dan nyawa.

3. Anda tidak akan popular seperti orang lain kerana anda terpaksa “memekik, memarahi dan menasihati” pelajar anda supaya jangan bising. Realitinya, tempat anda akan bertukar kepada “Pusat Sumbat”, apabila ramai guru tidak hadir, guru mempunyai urusan lain yang lebih “penting”, mengelak pelajar merayau terutama apabila ada sesuatu acara “penting” di sekolah dan sebagainya. Anda tidak akan diberikan “bunga dan kad” pada Hari Guru akan datang dan selamanya.

4. Anda akan rasa seronok melihat pelajar anda membaca dan mengulangkaji pelajaran mereka, tetapi anda rasa terharu melihat “guru’ mereka leka bercerita atau melakukan kerja lain – selain membaca.

5. Anda akan rasa “bahagia” kerana andalah orang yang “paling layak” menjadi guru ganti.

6. Anda akan tersiksa apabila prestasi bacaan pelajar tidak mecapai sasaran PKG, Bahan buku dan bukan buku bertaburan selepas tamatnya penggunaan oleh kelas atau selepas waktu persekolahan, apabila program yang anda rancang tidak berjalan lancar kerana anda bertungkus lumus sendirian.

7. Anda akan terharu apabila prestasi pelajar dalam peperiksaan meningkat, anda tidak pernah disebut sebagai penyumbang, tiada tempat dalam mesyuarat pengurusan, malah tiada agenda pun dalam mesyuarat kurikulum. Anda tidak menikmati kemudahan dan keselesaan, walau dibanding dengan kaunselor sekolah.

DAN;

8. Anda akan rasa “gembira” bila melihat rakan-rakan anda yang lain mendapat APC, dan kenaikan pangkat; kerana “ANDA TIDAK LAYAK” seperti mereka.

TAHNIAH! Anda adalah “GPM BERJAYA”

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: