Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah

August 27, 2008

Mubahalah – Sumpah Laknat

Filed under: Agama — amizax @ 2:24 pm
Tags: ,

Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan suatu peristiwa yang mencatat sejarah 51 tahun merdeka – “Mubahalah.”

15 Ogos 2008 – Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 tahun, bekas pembantu khas Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa diliwat oleh majikannya. Sumpah Saiful dilakukan pada hari Jumaat (penghulu segala hari), waktu Asar di Masjid Wilayah Persekutuan dan bersaksikan Imam masjid berkenaan sambil memegang senaskah Al-Quran. Sumpah tersebut berbunyi :

“A`uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”

(Utusan Malaysia; Isnin 25 Ogos 2008, hal. 3)

saiful

22 Ogos 2008 – Di hadapan jamaah Masjid Kampung Guar Perahu, Bukit Mertajam, Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah bahawa beliau tidak mengenali dan tidak terbabit dengan kes pembunuhan model dari Mongolia, Altantuya Shaaribu. Sumpah ini adalah bagi menangkis tuduhan Datuk Seri Anuar Ibrahim. Dalam satu majlis penyerahan bantuan masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Masjid Al-Falah, Pengkalan Tambang, (sempena pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008) Najib berkata, kerajaan memberi sumbangan RM4.18 juta kepada semua masjid dan surau di kawasan Permatang Pauh.

23 Ogos 2008 – Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, bekas Menteri Besar Perak dan selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak mencabar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat sumpah laknat bersama berhubung dakwaan bahawa beliau menjadi dalang kes rasuah membabitkan projek perumahan RM 180 juta di Seri Iskandar sehingga enam individu, termasuk dua Exco negeri (dari Parti PKR, Jamaluddin Mohd Radzi, 52 (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ushawan. Koperasi, Pertanian dan Perdagangan Negeri) dan Kapt. (B) Mohd Osman Mohd Jailu, 57 (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan). Sumpah beliau;

“ Saya tidak lakukan apa-apa mengenai tangkapan itu… dengan nama Allah. Wallahi..wabillahi..watallahi… saya tidak terbabit langsung dengan penangkapan kedua-dua exco itu”

(Berita Harian, 24 Ogos 2008, hal. 8)

Reaksi Masyarakat :

Dr. Ismail Ibrahim, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan mempertahankan mubahalah dengan berkata, bersumpah dengan nama Allah sambil memegang al-Quran tidak wajar disamakan dengan sumpah orang Kristian. Sumpah adalah antara dia dengan Allah, kalau dia melakukan dengan ikhlas orang lain tidak harus mempertikainya.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri – “…. dan pandangan saya akan tertakluk kepada pendapat yang akan diberikan oleh para ulama dalam perbincangan yang akan diadakan selepas Majlis Tilawah al-Quran Antarabangsa di Kuala Terengganu 26 Ogos ini.”

(Utusan Malaysia; Isnin 25 Ogos 2008, ms. 3)

Datuk Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan mengesahkan sumpah yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah mengikut syariat Islam. Beliau merujuk kitab Hasyiah I`anah al-Talibin menyatakan sumpah terbahagi kepada dua iaitu yang sumpah di mahkamah dan kedua yang dibuat di luar perbicaraan iaitu dilakukan atas pilihan sendiri. Dalam hal sumpah Mohd Saiful, hukumnya harus walaupun ia bukan “mubahalah” kerana sumpah laknat itu memerlukan kehadiran kedua-dua pihak.

(Berita Harian 26 Ogos 2008, hal. 8)

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: