Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah

September 3, 2008

Ramai Guru Sains, Matematik Lemah Bahasa Inggeris

Filed under: Kerjaya — amizax @ 3:19 pm
Tags: , ,

Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail : –

Guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik yang mendapat Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) sebanyak 5% tambahan daripada gaji (Ijazah) dan 10% (Diploma), tidak menggunakan imbuhan tersebut bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan bahasa Inggeris masing-masing (seperti membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris), menyebabkan kemahiran bahasa Inggeris mereka masih di takuk lama.

Ramai guru Sains dan Matematik dikesan menggunakan wang itu untuk tujuan lain.

RM 5 bilion diperuntukan untuk program PPSMI.

(Utusan Malaysia, 3 Sept. 2008, hal. 24)

Perkiraan :

Andaian Gaji Kasar Guru PPSMI (Ijazah) = RM 3,500.00

Elaun BISP (5 %) = RM 175.00 / sebulan = RM 2,100.00 setahun

Keutamaan – Sebuah komuter riba, LCD Projector, Pencetak Laser, CD, CD-RI (dll).


Realiti :

Ramai guru BISP yang;

i. Kamahiran berbahasa Inggeris di kalangan guru-guru BISP masih lemah dan peratusan penggunaan bahasa Inggeris dalam P&P terlalu minimum atas alasan pelajar tidak faham bahasa Inggeris. Jadi guru tak perlu mengajar guna bahasa Inggeris; tetapi terima elaun BISP.

ii. Tidak menggunakan sepenuhnya peralatan ICT yang dibekalkan oleh kementerian. Ada yang hanya menggunakan untuk kepentingan peribadi.

iii. Penggunaan sumber yang terbatas, iaitu bergantung sepenuhnya kepada CD yang dibekalkan oleh kementerian semata-mata.

iv. Kurangnya inovasi untuk menghasilkan perisian P&P yang mudah, (atau bergabung dengan Guru IT sekolah untuk membina perisian yang diperlukan) atau sekurang-kurangnya memuat-turunkan pelbagai sumber yang terdapat di internet (penggunaan School-Net?). Arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2003, bertarikh 28 Julai 2003, Dasar Penggunaan Media dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran masih tidak dipenuhi.

Begitu banyak kemudahan, keistimewaan dan layanan yang “terlalu istimewa”,hingggakan diberi keutamaan dalam kenaikan pangkat, telah menimbulkan “polarisasi” yang begitu ketara di kalangan guru yang ada di sesebuah sekolah.

3 Comments »

  1. Sekiranya terdapat segolongan guru-guru yang menerima elaun BISP tetapi tidak menggunakannya untuk tujuan yang disasarkan oleh Kementerian Pelajaran, begitu juga dengan sebilangan Guru Besar dan Pengetua yang memperoleh Elaun Keraian yang sepatutnya dibelanjakan untuk meraikan tetamu-tetamu sekolah atau yang seumpamanya, tetapi menggunakan wang tersebut untuk kepentingan peribadi. Malah yang lebih teruk lagi menggunakan wang PIBG atau Wang Suwa sekolah bagi tujuan meraikan tetamu, sebaliknya wang keraian yang diterima “Diraikan” dalam poket sendiri.

    Comment by Zarina Abd Rahman — September 9, 2008 @ 1:50 am | Reply

  2. Keputusan yang dicapai dalam Persidangan Meja Bulat Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu mencadangkan Menteri Pelajaran Datuk seri Hishammudin Tun Hussein meletak jawatan jika gagal melaksanakan semula pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu – ” Mingguan Malaysia, 14 September 2008, hal. 13)

    Comment by amizax — September 14, 2008 @ 2:50 am | Reply

  3. Makanlah, ramai lagi yang memerlukan duit itu!

    Comment by makanlah — December 23, 2009 @ 11:09 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: