Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah

September 17, 2008

Peluang Kenaikan Pangkat

Filed under: Kerjaya — amizax @ 2:51 am
Tags: , , ,

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan pindaan Akta Pendidikan 1996 yang membolehkan maktab perguruan dinaik taraf sebagai IPG pada 25 Ogos 2008 yang lalu.

Sehubungan dengan itu, 3,000 pensyarah IPG akan naik pangkat dari DG 41 ke DG 44, DG44 ke DG 48, DG 48 ke DG 52 dan DG 52 ke DG 54. Itu berita baik untuk pensyarah-pensyarah maktab (sebelumnya, ramai kalangan mereka datangnya dari sekolah). (Utusan Malaysia, 17 September 2008, hal. 28).

Tetapi bagaimana keadaannya di sekolah. Walaupun dikatakan kenaikan pangkat guru-guru di sekolah diperluaskan dengan mewujudkan jawatan seperti Pengetua Cemerlang, Guru Cemerlang, dan Guru Kanan, tetapi berapa ramai guru yang menerima faedah ini. Malah, berapa ramai guru yang mempunyai kelulusan PHd, dan Ijazah Lanjutan tetapi tidak berpeluang menerima kenaikan pangkat atau kenaikan gaji.

Sejauh mana guru di sekolah berpeluang diberi kenaikan pangkat dan jawatan masih boleh dipertikaikan (walaupun kita tidak dibenarkan mempertikaikan perkara ini). Siapakah di kalangan mereka berpeluang menjawat jawatan di JPN, dan PPD dan bagaimanakah prosedur pemilihan guru-guru yang “terpilih”. Begitu juga dengan peluang yang ada di sekolah, yang terpilih adalah mereka yang “amat bertuah” kerana di pilih, walaupun masih terdapat ramai rakan sejawat yang jauh lebih berkebolehan dari mereka yang “terpilih”. Apakah kriteria-kriteria pemilihan tersebut dan adakah semua guru dimaklumkannya.  Apakah pemilihan yang dilakukan itu mengikut kelayakan, kebolehan, pengalaman atau pun terdapat kriteria-kriteria yang tersembunyi.

Pernahkah kita memikirkan siapakah antara rakan-rakan kita yang kini menjawat jawatan “besar” di JPN, dan PPD. Bagaimanakah latar belakang mereka di sekolah sebelum ini. Sekiranya antara mereka adalah “yang paling cemerlang”, kita patut bersyukur dan bagaimana jika sebaliknya. Pernahkah kita mempersoalkan siapakah antara rakan-rakan kita itu telah melaksanakan tugas baru mereka dengan cemerlang, baik dan sempurna berbanding dengan bebanan tugas guru-guru yang berada di sekolah. Pernahkah kita terfikir antara mereka itu datangnya dari domain yang betul, dan adakah semua guru dari semua peringkat “dipertimbangkan” dalam pemilihan kenaikan pangkat tersebut. Berapa orang guru Sains, Matematik, Bahasa, Geografi, Sejarah dan sebagainya malah berapa ramai dari kalangan mereka yang pernah bertugas sebagai Pusat Sumber(bukan semua guru sanggup menjadi Guru PSS). Guru Perpustakaan dan Media – itulah Jawatan yang tak berpangkat dan tanpa elaun, walhal tugasan mereka amat berat. Malah jika dibandingkan dengan guru-guru PPSMI, tugasan guru-guru PSS jauh lebih membebankan.

Pernahkah kita terfikir semua ini?

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: