Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah

November 14, 2008

Kecemerlangan Dari Perspektif Islam

Filed under: Agama,Budaya Ilmu — amizax @ 2:28 pm
Tags: , ,

Kecemerlangan dapat diertikan sebagai keadaan melepasi sesuatu piawaian yang ditetapkan dengan keputusan yang sangat baik.

Kecemerlangan di dunia dalam apa jua bidang hanyalah kecemerlangan jangka pendek yang sempit berbentuk sementara, bukan kecemerlangan hakiki, malah memperdayakan manusia.

“Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;” (Surah Asy-Syura; 36).

Imam Ghazali dalam kitabnya yang terkenal, Ihya Ulumuddin telah menyatakan terdapat empat ciri kebahagian (kecemerlangan) di akhirat (yang tiada di dunia); iaitu:

i. Keadaannya kekal abadi

ii. Kegembiraan yang berkekalan

iii. Tidak wujud kejahilan

iv. Tidak wujud kemiskinan

Kesimpulannya; piawaian kecemerlangan ditentukan oleh Allah S.W.T dan dinyatakan dalam Al-Quran dan dibantu huraiannya oleh Sunnah Rasulullah S.A.W.

Antara Tip-tip Cemerlang yang boleh dipetik daripada Al-Quran ialah:-

  1. Cemerlang dengan menjadi Global Champion (Jaguh Global)
  2. Cemerlang dengan Iman dan Takwa
  3. Cemerlang Ilmu serta hikmah
  4. Cemerlang ilmu semasa
  5. Cemerlang dengan membaca dan meneliti Al-Quran
  6. Cemerlang dengan wawasan
  7. Cemerlang dengan merancang
  8. Cemerlang dengan ikhlas
  9. Cemerlang berlandaskan syariat
  10. Cemerlang dengan menegakkan ibadah
  11. Cemerlang dengan sembahyang
  12. Cemerlang dengan zikrullah
  13. Cemerlang dengan jihad dan mujahadah
  14. Cemerlang dengan tawakal
  15. Cemerlang dengan menjaga kualiti
  16. Cemerlang dengan menegakkan ihsan
  17. Cemerlang dengan memelihara amanah
  18. Cemerlang dengan hati dan akhlak yang murni
  19. Cemerlang dengan sabar dan sikap positif
  20. Cemerlang dengan menegakkan keadilan
  21. Cemerlang dengan mengawal emosi
  22. Cemerlang dengan member maaf
  23. Cemerlang dengan bersyukur
  24. Cemerlang dengan kosisten
  25. Cemerlang bekerja dalam pasukan
  26. Cemerlang melalui musyawarah
  27. Cemerlang melalui perpaduan
  28. Cemerlang dengan membentuk pelapis
  29. Cemerlang dengan berhemat dan tidak kikir
  30. Cemerlang dengan kominikasi berkesan
  31. Cemerlang dengan menjaga pemakanan serta kesihatan
  32. Cemerlang dengan pengurusa masa
  33. Cemerlang dengan teknologi
  34. Cemerlang dengan memanfaatkan pusingan biologi
  35. Cemerlang dengan imej positif
  36. Cemerlang dengan berdoa

( Dipetik daripada buku Tip-Tip Cemerlang Daripada Al-Quran, 2006. Danial Zainul Abidin,Dr. PTS Publication, Kuala Lumpur)

Dalam membicarakan soal kecemerlangan model yang boleh dijadikan contoh (selain Rasulullah S.A.W dan para sahabat) ialah golongan Sabiquun. Golongan Sabiquun ialah mereka yang bersegera melakukan kebaikan dan ketaatan berlandaskan kehendak Tuhan, seperti mana yang tercatat dalam Al-Quran, Surah Al-Mukminun, ayat 61; bermaksud:

“Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.”

Prof. Dr. Hamka melalui Tafsir Al-Azharnya menyifatkan golongan ini sebagai golongan yang bertindak cepat lagi aktif, disebabkan hati mereka berasa takut ketika maut datang, amalan mereka masih kosong dan mereka tidak membawa sebarang bekalan. Justeru mereka akan berlumba-lumba mendahului melakukan amalan (orang-orang yang paling dahulu, paling dahulu).

Dalam Surah Al-Waqiaah, ayat 8 hingga 12, Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? Dan puak pihak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. ”

Allah telah membahagikan manusia kepada tiga kategori; iaitu:

  1. Golongan Kanan (Maimanah)
  2. Golongan Kiri (Masyamah)
  3. Golongan As-Sabiquun

Dalam Surah Al-Mukminun, ayat 57 hingga 61, Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka. Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka. Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka. Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka. Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.”

Ciri-ciri golongan Sabiquun, yang cemerlang – berkait rapat dengan HATI.

  1. Mereka takutkan azab
  2. Tidak mensyirikkan Allah
  3. Sentiasa beringat-ingat dengan hari kiamat
  4. Percaya dengan ayat-ayat Allah (Al-Quran)

Oleh itu, kecemerlangan yang hakiki pada hari ini tidak akan tercapai apabila ia tidak bermula dengan hati. Ia juga tidak akan tercapai apabila Al-Quran dan Sunnah tidak dijadikan landasan dan panduan.

Dalam satu hadis Rasulullah S.A.W bersabda; “ Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang yang mengerumuni satu hidangan. Bekata seorang sahabat, “Adakah ia lantaran jumlah kita yang sedikit?”. Nabi menjawab,”Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih-buih ketika berlaku banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuh-musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu”. Sahabat bertanya, “Apakah dia wahan?” Berkata nabi, “cintakan dunia dan benci mati”. (Riwayat Abu Daud R.A)

Semoga umat Islam akan bertukar daripada buih menjadi arus yang mampu mengubah keadaan.

1 Comment »

  1. salam,saja jenguk2 blog..keep up the good writing.happy blogging

    FADZLAN
    http://jalakmas.blogspot.com/
    http://papan9.blogspot.com/

    KEMPEN STOP THE WAR: http://papan9.blogspot.com/2009/01/stop-war.html

    Comment by Fadzlan — January 20, 2009 @ 5:29 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: