Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah

August 10, 2009

Guru Besar Miang

Filed under: Kerjaya — amizax @ 3:25 am
Tags: ,

Penulis tidak terkejut dengan pendedahan oleh seorang guru wanita berusia 47 tahun yang mendakwa beliau sering diganggu dengan tingkah laku seksual oleh guru besar sekolahnya yang berusia 50-an di salah sebuah sekolah di Melaka. Demikian laporan Harian Metro Isnin 10 Ogos 2009.

Apa yang menarik perhatian penulis ialah guru berkenaan mendakwa beliau pernah membuat aduan di PPD dan JPN negeri berhubung kes ini dan beliau dijanjikan akan ditukarkan dari sekolah berkenaan, tetapi pada saat-saat akhir, pertukaran tersebut dibatalkan dan guru besar berkenaan tidak dikenakan sebarang tindakan.

Kes-kes ( pertukaran yang dibatalkan)  seumpama ini bukan perkara biasa, apatah lagi jika membabitkan “orang-orang tertentu” yang mempunyai hubungan dengan pihak PPD dan JPN. Dari pengalaman dan pemerhatian, penulis percaya banyak lagi kes-kes lain yang melibatkan mereka yang “berprofil tinggi” ini. Jesteru kita tidak hairan bila kita mengkaji semula siapa yang menduduki kerusi ketua di sekolah dan siapa yang menduduki kerusi ketua di PPD atau pun jabatan. Berapa ramai antara mereka ini “naik” berdasarkan “hubungan tertentu”. Malah berapa ramai mereka yang memegang jawatan tinggi ini, bukanlah berasal dari mereka yang betul-betul berkaliber dulu.

Biar apa pun sistem yang diguna pakai, yang menjadi mangsa adalah golongan bawahan. Mungkin kita sudah muak dengan “nasihat-nasihat bernas” yang dilontarkan oleh mereka yang pada satu ketika dulu sebenarnya lebih teruk dari kita.

Kepada guru berkenaan, penulis turut bersimpati. Harapan penulis, bersabarlah dan langkah yang diambil oleh guru berkenaan melaporkan kepada pihak polis adalah langkah bijak. Percayalah !, mungkin esok atau lusa, pasti akan ada tindakan oleh PPD atau JPN negeri berhubung kes ini, kerana sudah menjadi kebiasaan kita “Bila dah terantuk baru mengadah”.

Itulah Budaya Kita!

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: