Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah

September 27, 2009

Ramadhan Dan Aidilfitri – Muhasabah Diri

Filed under: Agama,Sosiologi — amizax @ 1:32 am
Tags: ,

Dengan penuh syukur dan puji-pujian terhadap Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia dan innayahNya, kita dilanjutkan usia hingga ke saat ini. Walau pun dengan rasa sedih melepaskan Ramadhan berlalu, kita patut terus memanjatkan kesyukuran dengan kehadiran Aidil fitri.

Ramadhan dikatakan oleh para ulama dan at`tabiin sebagai madrasah yang mampu mengubah, membaiki dan memperbetulkan peribadi seseorang muslim. Bulan Ramadhan juga, adalah salah satu bulan yang mempunyai banyak keberkatannya. Fasa pertamanya dipenuhi rahmat, fasa kedua pula dengan penuh makfirah dan fasa ketiga sebagai pembebasan dari api neraka.

Betapa banyaknya rahmat diturunkan Allah pada bulan Ramadhan, muslimin-musliman berlumba-lumba mencari, dan membuat kebaikan. Sama ada dari segi infaq wang ringgit, tenaga, beribadah wajib dan sunat serta pelbagai kebaikan lagi. Makfirahnya Ramadhan membuktikan kepada kita dimana pada setiap malam fasa pertama dan kedua, muslimin dan musliman berduyun-duyun membanjiri masjid bermula seawal Subuh, Zohor, Asar dan Isyak dan diikuti dengan sunat Terawih, walau pun masih ada umat yang mempertikaikan berapakah bilangan sembayang sunat tarawih yang patut didirikan.  Peribadi umat nampaknya semakin baik, tawaduk dan zuhud. Hubungan silatulrahim dipereratkan baik semasa bertukar-tukar juadah, berbuka puasa bersama di masjid mahu pun selepat solat tarawih. Semuanya nampak begitu harmoni.

Namun tidak semua muslimin dan muslimat berjaya mengharungi Ramadhan dengan sempurna. Tidak kurang yang tewas dan kecundang, sama ada dalam fasa pertama, kedua mahu pun yang ketiga. Biarpun Syaitan telah dirantai dan dibelenggu oleh Allah Taala, namun masih kedengaran pelbagai kelakuan sumbang, dosa dan noda yang terpampang di dada akhbar mahupun skrin televisyen. Dan yang anehnya, program-program berbentuk keagamaan mula mendapat tempat dalam siaran televisyen.

Juga tidak semua muslimin dan muslimat mencapai tahap “Ketakwaan” yang dikehendaki apabila menjelangnya Aidil Fitri. Aidil Fitri adalah hari kemenangan. Kemenangan dalam konteks sebenarnya ialah kemenangan menundukkan hawa nafsu, dan berjaya membentuk peribadi muslim yang diredai. Suasana kesyahduan semasa Ramadhan makin mula tercemar menjelang fasa ketiga. Media massa makin kembali kedasar asalnya dengan promosi menwar-warkan siaran kegemaran ramai – HIBURAN. Peribadi umat pada fasa pertama Ramadhan mula bertukar corak. Sifat-sifat mazmummah mulai ketara seperti sebelum Ramadhan. Unsur-unsur riak, angkuh dan sombong mula menapak dihati, walaupun SYAITAN masih belum dibebaskan.

Walau sesedih dan sepilu manapun, Ramadhan tetap berlalu, dan Aidil Fitri mengantikannya. Begitulah silih berganti hingga hari kiamat. Sesuai dengan “Kefitrahannya”, Aidil Fitri sepatutnya disambut dengan penuh bermaknahasil didikan semasa Ramadhan. Jika pada fasa pertama Ramahdan, umat terdidik dengan sifat ihsan dan belas kasihan, betawaddu dan zuhud, kini berubah dengan mendadak apabila kedengan laungan takbir Hari Raya. Tidak ramai yang berjaya bertakbir dengan penuh khsuyuk dan tawadduk apabila menjelang Aidil Fitri. Keadaan mula kembali seperti keadaan sebelum Ramadhan. Masjid semakin berkurangan pengunjungnya, ibadat semakin berkurangan kusyuknya Sifat-sifat maazmummah sudah mula menggantikan sifat-sifat mahmuddah. Kini “SYAITAN” telah dibebaskan, dan terus memusnahkan anak Adam.

sejauhmana Ramadhan Al-Mubbarak berjaya mentarbiayahkan umat Islam, dapat dibuktikan apabila Syawal menjelma. Tidak ramai manusia muslim yang berjaya mengistiqammahkan apa yang dilakukan semasa bulan Ramahdan dulu. Ramai yang kecundang dan musnah dengan sekelip mata. Tidak ramai yang berjaya mencapai tahap KETAKWAAN yang dikehendaki Allah. Tidak ramai yang berjaya mengaplikasikan perlakuan semasa dalam bulan Ramadhan dalam bulan-bulan selepasnya. Begitu ramai yang kecundang. DIMANAKAH KITA.

4 Syawal 1430 H membuktikan kenyataan ini. Kisah sekeluarga “muslim” yang dikatakan alim pada pandangan umum sebenarnya adalah pengikut syaitan. Apakah tidaknya, pada hari mulia tersebut, sepatutnya semua umat Islam memperkukuhkan hubungan silatul rahim antara satu sama lain, saling bermaafan dan berkasih sayang tetapi bagi keluarga ini, adalah disebaliknya. Kerana PHD (Perasaan Hasad Dengki), mereka sanggup merosakkan harta benda jiran mereka semasa jiran mereka itu tiada di rumah. Mereka yang sepatutnya menjaga harta benda jiran mereka, sebagai tanda “JIRAN MUAFAKAT”, sebaliknya mengairi air dari rumah mereka ke rumah jiran mereka dan merosakkan serta memusnahkan syiling jiran mereka. HJ JAAFAR dan 6 ahli keluarga ternyata gagal dalam ujian dan tarbiyah Ramadhan.  Mereka terus menjadi pengikut SYAITAN yang setia. Waa-nauzzubillah.

1 Comment »

  1. mohon izin share utk tatapan rakan bermuhasabah

    Comment by kay a — August 21, 2011 @ 11:48 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: