Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah

March 10, 2010

Malaysia Dan Dunia Seks

Filed under: Seksologi — amizax @ 11:03 am
Tags: ,

Sejak akhir-akhir ini kita terpaku membaca akhbar-akhbar tempatan tentang berita-berita mengenai jenayah, rogol, samun, rompak dan sebagainya. Malah yang lebih menyedihkan lagi, perbuatan-perbuatan seumpama itu dilakukan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Kerana itu, penulis terpanggil untuk membicarakan topik ini di sini, buat tatapan kita bersama. Sebelum itu, ingin diingatkan , penulisan ini bukanlah mengenai seks, walaupun ada kaitannya, tetapi ia adalah penulisan ilmiah. Mungkin apa yang disentuh oleh penulis di sini agak sensitif tetapi itu semua adalah realiti yang terjadi kini dan kita patut menerimanya dengan minda yang terbuka.

Berikut adalah beberapa peristiwa rasmi yang dilaporkan untuk difikirkan bersama:-

1. GEORGETOWN: Seorang bakal jururawat di sebuah kolej yang hanya memakai coli dan seluar dalam yang ditutupi tuala, sanggup mempertaruhkan nyawanya dengan terjun melalui tingkap sebuah bilik hotel bagi melarikan diri daripada mengelak dicekup kerana berkhalwat dengan kekasihnya dalam satu operasi cegah maksiat di Batu Feringghi di sini, semalam. (HM; 8 Mac 2010)

2. KUALA TERENGGANU: Mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks melampau menyebabkan dua beradik itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.

Difahamkan, sebelum melakukan hubungan seks, pasangan perogol junior itu bijak memasang jerat bagi menaikkan nafsu mangsa apabila mengajaknya menonton video lucah sebelum melakonkan semula adegan panas dalam bilik berkenaan. Ketika kejadian, ibu dan bapa mangsa serta neneknya tiada di rumah ketika kejadian pada jam 2.30 petang Selasa lalu. (HM; 8 Mac 2010)

3. KUALA LUMPUR:  Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu di daftarkan di seluruh negara; kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Alwi Ibrahim. Tahun 2008 – 16,541 orang, 2007 – 16,100 orang. Dalam tempoh lima tahun, 74,723 membabitkan orang Melayu / Islam; daripada jumlah keseluruhan 214,033 orang (pelbagai bangsa). Dalam tempoh 2005 – 2009, pendaftaran anak luar nikah melayu memduduki tempat kedua dengan 74,723 kes. Jumlah ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan. 23,696 kes – India, 23, 692 kes – Cina. (BH; 21 Mac 2010)

4. IPOH: Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan basah kuyup dan menggigil selepas ditinggalkan dalam hujan lebat di kawasan semak belakang sebuah pasaraya di Jalan Medan. Bayi yang hanya berbalut dengan tuala mandi itu, dipercayai baru dilahirkan kerana masih bertali pusat. (BH; 22 Mac 2010)

Itu adalah antara beberapa berita “sensasi” yang menjadi paparan utama di media massa. Seperti biasa, apabila berlakunya sesuatu kejadian itu, masing-masing memberikan pendapat, pandangan dan saling menuding jari terhadap punca masalah tersebut.

Persoalannya, SIAPA YANG BERSALAH.

Dalam kajian tindakan yang telah saya lakukan tahun 2009; terhadap rancangan-rancangan televisyen di Malaysia; dengan mengambil sampel 4 buah saluran televisyen; dapatan kajian mendapati bahawa 99.6 % rancangan yang disiarkan itu adalah berbentuk hiburan. 35 % berbaur seks, 95 % pelakon wanitanya mendedahkan aurat dan mengiurkan.  Mungkin kajian ini dianggap tidak professional, dan saya berharap pihak-pihak tertentu yang berkesempatan da berkepentingan menjalankan kajian seumpamanya, bagi membuktikan kesahihan dapatan kajian ini. Walau apa pun, itulah “Juadah” yang “dihidangkan” kepada anak-anak kita di rumah. Itulah bahan pembelajaran tidak formal mereka. Belum lagi termasuk bahan-bahan picisan yang berlambak di pasaran, samada majalah, buku, mahupun CD.

1 Comment »

  1. 257,000 anak luar nikah membimbangkan

    KUALA LUMPUR, 7 Julai: Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tahun 2000 hingga Julai 2009 wajar membimbangkan semua pihak berwajib, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

    Ini kerana, menurut beliau, sebanyak 30,978 kelahiran yang terdaftar membabitkan bayi beragama Islam.

    “Bagi saya, semua pihak perlu bertanggungjawab, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang yang lebih ketat, ibu bapa perlu ajar agama pada anak-anak,” jelas beliau ketika mengulas pendedahan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berhubung perkara itu pada 1 Julai lalu.

    Sedangkan, menurut beliau, perangkaan kelahiran tanpa bapa mengikut beberapa agama yang lain adalah 18,085 bayi beragama Hindu; 17,236 (Buddha); dan 3,395 (Kristian).

    Melihat pada perangkaan rasmi JPN itu, beliau mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil langkah yang lebih dinamik sebagaimana yang diperkenalkan oleh Islam.

    “Tak cukup dengan menyediakan khidmat kaunseling dan apa yang sedia ada selagi kementerian wanita tak laksanakan pendidikan Islam dan kempen-kempen yang dinamik supaya rakyat tinggalkan aktiviti penzinaan ini,” tegas beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat.

    Tambahnya, sistem pendidikan yang tidak melahirkan rasa takut kepada Allah menyebabkan mereka yang terbabit tidak gentar dengan undang-undang ciptaan manusia.

    “Undang-undang yang ada memang tak menakutkan penzina-penzina ini, kerajaan wajar mengkaji dan jelaskan apakah keindahan dan hikmah di sebalik undang-undang Allah kepada semua rakyat untuk mereka membuat pertimbangan,” tambah beliau sambil menyeru kerjaaan melihat inisiatif yang cuba dilaksanakan oleh PAS di Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

    Dari segi yang lain, beliau turut mengkritik amalan meletakkan mahar atau ‘hantaran’ yang agak tinggi sehingga menyukarkan pasangan yang mahu hidup secara beragama dengan berkahwin.

    Lanjutan itu, beliau mencadangkan kementerian berusaha untuk mengubah budaya itu, selain meneruskan kempen hidup secara sihat yang sedia ada.

    Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin pula menyalahkan Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana gagal membentangkan dasar pembangunan wanita yang lebih komprehensif untuk menangani gejala sosial seperti penzinaan ini.

    “Sudah lama saya membangkitkan soal dasar wanita di Dewan Rakyat, tetapi menteri ini tidak layan,” ujar beliau dalam nada yang kesal.

    Akibatnya, insiden seperti gadis-gadis Penan yang dirogol oleh para peneroka balak seperti yang dibangkitkan di Dewan Rakyat sebelum ini terus berpanjangan.

    Sehubungan itu, beliau menyifatkan sikap sambil lewa menteri sebagai mengkhianati rakyat serta mengajak kaum wanita memilih kepemimpinan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

    Comment by amizax — July 7, 2010 @ 11:15 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: