Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah

April 2, 2010

Guru Oh Guru

Filed under: Kerjaya,Pendidikan — amizax @ 11:50 pm
Tags: , , ,

1. KUALA LUMPUR: Jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung guru sekolah di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan memandang serius masalah itu yang dikhuatiri menjejaskan prestasi guru terbabit dan pencapaian pelajar untuk jangka masa panjang. Beliau berkata, jawatankuasa itu akan menentukan sama ada beban ditanggung itu adalah beban berlebihan atau tanggungjawab guru. Katanya, jawatankuasa diketuai Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom itu akan dianggotai wakil beberapa pertubuhan terbabit antaranya NUTP untuk mengemukakan cadangan menangani masalah beban tugas guru itu.

NUTP antara lain mengadu terdapat guru sekolah menanggung beban berlebihan melibatkan kurikulum, ko-kurikulum, bilik darjah dan hal ehwal murid sehingga menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. – Bernama 2010/04/01
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tubuhjawatankuasakhaskajitugasguru/Article/index_html

2. ALOR STAR: Seramai 22 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yan yang dilabel pelajar tidak berdisiplin dalam sijil berhenti sekolah diminta hadir semula ke sekolah berkenaan untuk mendapatkan salinan sijil baru. Difahamkan selepas berita itu didedahkan akhbar ini kelmarin, beberapa pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Yan diarah ke sekolah berkenaan untuk menyelesaikan masalah terbabit. Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman, berkata perkara itu sudah diselesaikan kerana beliau sudah mengarahkan pihak sekolah mengeluarkan sijil berhenti sekolah baru kepada pelajar terbabit. “Ia sudah selesai dan kita harap pelajar mendapatkan sijil berhenti sekolah baru. Mungkin ketika ini sekolah menghadapi masalah untuk menghubungi sesetengah pelajar, oleh itu saya harap mereka boleh datang berurusan,” katanya. 2010/04/01
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pelajarbolehdapatsijilberhentisekolahbaru/Article/index_html

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: