Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah

May 10, 2010

Selamatkan Islam

Filed under: Agama,Sosiologi — amizax @ 2:12 am
Tags: , ,

Perkembangan isu-isu berkaitan Islam secara umumnya dan berkaitan akidah khususnya, sejak akhir-akhir ini sungguh membimbangkan. Sama ada di Malaysia atau persada antarabangsa, perkembangan  negatif sebegini semakin mencarik hati umat Islam yang mahukan Islam itu ditegakkan secara syumul, penuh ketakwaan dan HANYA ISLAM sahaja untuk semua umat (One Islam – Satu Islam). Marilah kita renung-renungkan isu-isu yang menimpa umat Islam akhir zaman yang sedang melanda dan mengoncang akidah kita. Semoga kita digolongkan dalam kalangan umat Rasulullah S.A.W yang berdiri teguh mempertahankan sunnahnya dan sebagai hamba Allah yang berpaksi kepadaNya dalam semua urusan.

Antara isu-isu tersebut ialah:-

1:  Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein, mencadangkan kerajaan mempertimbangkan permohonan lesen JUDI bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung awal Jun ini. Alasanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen, pertaruhan haram (Ada JUDI yang HALAL?) tetap dijalankan tanpa pemantauan pihak berkuasa. Dengan pengawalan kerajaan, aktiviti pertaruhan dapat dilakukan lebih teratur dan pada masa yang sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini.  (Berita Harian; Isnin, 10 mei 2010; 30).

Perlu diingat, cadangan ini datangnya dari Timbalan Menteri (Pemimpin) yang beragama Islam. Islam adalah agama rasmi Persekutuan, dan Malaysia dikatakan sebuah negara Islam.

2. Senator Ahmad Hussin (Dewan Negara) mencadangkan supaya bapa kepada bayi yang dibuang dikenakan   hukuman “kasi” bagi mengajar lelaki terbabit supaya bertanggungjawab. Persoalannya,  punca bayi dibuang ialah bayi itu hasil dari hubungan haram (Zina) antara perempuan dan lelaki (beberapa lelaki) yang kadangkala tidak dapat dikenalpasti siapa dan bilangannya. Jadi bagaimanakah mungkin cadangan ini relevan.

http://selangor2u.com/blog/picture-wallpaper/koleksi-gambar-bayi-dibuang/

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Sural Al-Isra`; Ayat 32)

Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. (Surah An-am: Ayat 151)

1. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein, mencadangkan kerajaan mempertimbangkan permohonan lesen JUDI bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung awal Jun ini. Alasanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen, pertaruhan haram (Ada JUDI yang HALAL?) tetap dijalankan tanpa pemantauan pihak berkuasa. Dengan pengawalan kerajaan, aktiviti pertaruhan dapat dilakukan lebih teratur dan pada masa yang sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini.  (Berita Harian; Isnin, 10 mei 2010; 30)

1 Comment »

  1. KENYATAAN RASMI DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
    ISU PERJUDIAN BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2010

    “UMNO MENGUTAMAKAN KEUNTUNGAN DENGAN MENGHALALKAN CARA”

    Semua mengetahui bahawa judi adalah haram di sisi Islam bahkan membawa keburukan kepada manusia sama muslim atau non muslim. Tindakan kerajaan pusat meluluskan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 untuk menyekat kegiatan perjudian tanpa lesen memperlihatkan kedangkalan mereka dalam mengatasi isu tersebut. Adakah memadai untuk menghalang kemudaratan dengan cara memberikan lesen untuk melakukan kemudaratan tersebut umpama ingin menghalang orang yang mencuri dengan memberikan lesen kepada mereka untuk mencuri.

    Ini mungkin satu usaha daripada pihak kerajaan yang tidak segan silu meluluskan lesen judi tersebut demi untuk mencapai matlamat MEB bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. Jika itulah yang berlaku, ini mengesahkan lagi bahawa dasar pemerintahan negara ini adalah sekular melalui cabang pragmatisme dan bukannya Islam sebagaimana yang mereka war-warkan bahawa negara ini adalah negara Islam.

    Kelulusan judi ini juga memperlihatkan bahawa kerajaan hanya bertopengkan Islam demi wang, politik dan kerakusan kuasa semata-mata. Di hadapan masyarakat, mereka menzahirkan bahawa mereka inginkan Islam dengan menganjurkan pelbagai program keislaman seperti forum, sambutan hari kebesaran Islam termasuk begitu vokal dalam isu larangan berpolitik dalam masjid tetapi dalam masa yang sama mereka tidak kisah untuk menghalalkan perkara yang haram di sisi Islam dengan memberikan alasan yang tidak logik. Halal bagi mereka adalah kegiatan yang berlesen, adapun haram adalah kegiatan yang tidak diberikan lesen oleh mereka. Islam Hadhari yang sebelum ini dijadikan sebagai topeng untuk mengekalkan kuasa kini tenggelam kerana slogan tersebut hanya memakan diri dan merugikan mereka.

    Justeru, Dewan Ulamak PAS Pusat mendesak agar kerajaan menarik balik lesen yang diberikan untuk menghalalkan judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010. Kami juga mendesak agar semua mufti termasuk menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan agama Islam tidak mendiamkan diri dalam isu ini. Mereka tidak seharus vokal dalam isu yang memihak kepada kerajaan semata-mata tetapi menikus dalam isu yang merosakkan umat Islam demi menjaga jawatan dan kuasa semata-mata.

    http://www.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2927:isu-perjudian-bola-sepak-piala-dunia-2010&catid=20:kenyataan-rasmi&Itemid=99

    Comment by somebody — May 17, 2010 @ 9:59 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: