Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah

May 10, 2010

Sistem Kekeluargaan Semakin Runtuh

Filed under: Agama,Sosiologi — amizax @ 11:00 pm
Tags: ,

Sistem kekeluargaan adalah satu entiti penting dalam masyarakat dan pembentukan sesebuah negara. Umumnya, masyarakat yang teguh dan mapan datangnya dari sistem kekeluargaan yang harmoni dan kekuatan dan kemajuan sesenuah negara terhasil dari kekuatan masyarakatnya yang t0leransi dan dinamik.

Sejarah membuktikan bahawa kekuatan Kesultanan Melayu Melaka dan Kerajaan Melayu Riau dahulu adalah hasil dari sistem kekeluargaan dan kemasyarakatan yang ampuh lagi kukuh. Catatan Abdullah Munsyi ini membuktikan kepada kita bahawa kekuatan sesebuah negara bergantung kepada kekuatan sesebuah keluarga. Jika sistem kekeluargaan itu runtuh, akan hancurlah negara tersebut, seperti mana kegoyahan keluarga Bendahara Melaka memberikan peluang kepada kerajaan Majapahit menakluk Melaka pada ketika dahulu.

Kini sejarah tersebut tidak mustahil akan berulang. Cuma penjajahya yang mungkin berbeza. Bukanya lagi kerajaan Majapahit yang akan mengamcam, tetapi kerajaan-kerajaan tajaan Yahudi, yang sedang menanti peluang untuk menjajah negara ini. Antara salah satu agenda mereka ialah mencari peluang dan ruang untuk meruntuhkan sistem kekeluargaan kita, seterusnya melemahkan semangat masyarakat kita. Dengan itu, senanglah mereka menjajah satu masa nanti, dengan bentuk penjajahan yang pelbagai.

Mari kita lihat antara bibit-bibit keruntuhan kekeluargaan yang berlaku sekarang untuk menjadi pengajaran kepada kita. Harus dingat, janglah kita memberi peluang kepada anak cucu kita untuk menyalahkan kita di atas kealpaan kita terhadap organisasi kekeluargaan kita.

1. KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang kemaruk seks menjadikan pembantu rumah dan bapanya yang lumpuh sebagai benteng bagi mengelak perbuatannya membawa balik lelaki diserbu pihak berkuasa, sejak lebih lima bulan lalu. Namun, kelicikannya itu terbongkar apabila wanita berusia awal 40-an yang juga seorang ahli perniagaan dicekup bersama dengan pasangannya yang juga berusia awal 40-an dalam keadaan mencurigakan sekumpulan pencegah maksiat di rumahnya di Taman Jati, Sri Damansara, kira-kira jam 11 malam, kelmarin. Difahamkan, kumpulan ahli pencegah maksiat itu melakukan serbuan selepas menerima laporan daripada suami wanita itu yang mendakwa sudah tidak tahan dengan perbuatan jijik isterinya itu. (Harian Metro; 7 Mei 2010)

2. MELAKA: Hanya kerana tidak memberi salam ketika memasuki rumah, seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah, terpaksa menanggung azab apabila dipercayai didera bapa tirinya Isnin lalu.Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh kira-kira jam 7.10 pagi ketika ibu kandung pelajar itu tiada di rumah kerana menghantar adik-adiknya yang masih kecil ke rumah pengasuh.Mangsa berusia 14 tahun yang berada dalam bilik, dikatakan diseret keluar dari rumah oleh bapa tirinya lalu ditendang dua kali di perutnya serta dilempar dengan selipar.(Harian Metro; 6 Mei 2010)

3. KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang mengandung anak luar nikah mengejutkan kakitangan Klinik Kesihatan Felda Jerangau, Ajil apabila bersalin bayi lelaki dalam tandas klinik berkenaan, pagi semalam.Menurut sumber, kejadian berlaku ketika remaja terbabit yang belajar di sebuah sekolah menengah dalam kawasan Ajil, Hulu Terengganu ke klinik berkenaan, kira-kira jam 10 pagi, bersama guru dan rakan sekolahnya kerana mendakwa sakit perut. (Harian Metro; 6 Mei 2010)

4. KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki sempat meninggalkan sekeping nota berbunyi ‘ayah minta maaf kerana terpaksa ambil jalan singkat bagi menyelesaikan masalah’ sebelum menusuk dadanya dengan sebilah pisau lipat, malam kelmarin.Nota terakhir itu ditemui sepasukan anggota polis di sisi mayat Khairuddin Wazir Khan, 41, yang dipercayai membunuh diri selepas menghadapi tekanan perasaan ketika bersendirian di dalam bilik tidur rakannya di Blok Cempaka B, Flet Sri Kolam di sini. (Harian Metro; 6 Mei 2010)

5. KLANG: Dua wanita menganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia sehari untuk tujuan eksploitasi pada Mei tahun lalu.Lee Chew Ean, 57, dari Pulau Pinang dan Lim Hue Im, 49, dari Banting, didakwa menjual bayi dikenali sebagai Tan Lyn di sebuah rumah di Jalan Beringin 1, Taman Banting, Banting, pada jam 6.30 petang, 24 Mei 2008.
Bagi perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. (Harian Metro; 5 Mei 2010)

6. TUMPAT: “Sepuluh minit sebelum kejadian, dia menghubungi saya di rumah memberitahu sudah tidak tahan dengan kelakuan suami yang suka memukul. Dia mahu saya segera datang menemaninya di rumah di Ladang Selborne dekat Padang Tengku, Kuala Lipis,” kata Halimah, 66, ibu kepada Rosmawati Abd Rahman yang meninggal dunia akibat dibelasah suaminya sendiri, petang Ahad lalu. (Harian Metro; 5 Mei 2010)

7. HULU TERENGGANU: “Selama ini saya ingatkan serbuk putih diambilnya setiap hari sejak beberapa bulan lalu untuk merawat penyakit sengal tubuh. Rupa-rupanya ia dadah,” kata seorang isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Mira, 28, selepas suaminya ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana positif dadah, awal pagi semalam. (Harian Metro; 5 Mei 2010)

8. KUALA LUMPUR: Seramai 16 remaja bawah umur ditahan dalam operasi berasingan ke atas pengunjung dua pusat hiburan di sini, awal pagi kelmarin.Dalam operasi Bahagian Narkotik Bukit Aman di sebuah pusat hiburan terkenal di ibu kota itu, lebih 2,000 pengunjung diperiksa dan menahan 15 pengunjung termasuk lelaki dan perempuan kerana positif saringan ujian air kencing.Sumber polis berkata, operasi bermula jam 1 pagi dan berakhir jam 6 pagi itu dilakukan bersama sepasukan pegawai dan anggota dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur. Dalam kejadian berasingan di Jalan Ipoh di sini, seorang remaja bawah 21 tahun bertindak kurang ajar apabila mempersoalkan tindakan seorang anggota polis menahannya kerana berada di premis hiburan lebih masa. (Harian Metro; 3 Mei 2010)

Itulah antara beberapa peristiwa yang membuktikan berlakunya keruntuhan sistem kekeluargaan di negara kita. Dimanakah silap dan dimanakah puncanya?

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: