Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah

May 16, 2010

Bertuahnya Menjadi Guru

Filed under: Kerjaya,Pendidikan — amizax @ 11:16 pm
Tags: , , , , , ,

Imbuhan RM900 hingga RM7,500 jika berjaya lonjak prestasi sekolah

KUANTAN: Sempena Hari Guru semalam, kerajaan mengumumkan ganjaran RM900 hingga RM7,500 kepada pengetua, guru besar dan guru sekolah rendah serta menengah yang mencatat prestasi cemerlang mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran, mulai tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata jika kecemerlangan diteruskan dan mereka berjaya mencapai KPI setiap tahun, ganjaran akan diberikan setiap tahun.
Beliau berkata, ia selaras konsep mengutamakan pencapaian menerusi satu daripada empat sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta memberi pengiktirafan sewajarnya kepada guru yang memberi sumbangan penting kepada rakyat dan negara.

Katanya, ganjaran akan diberi mulai tahun depan kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah melepasi sasaran 92 peratus Skor Komposit bagi sekolah menengah dan 84 peratus sekolah rendah.

Beliau berkata, Skor Komposit dikira berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan sebuah panel akan menilai pencapaian sekolah untuk mereka yang yang layak diberi ganjaran.

“Pengetua dan guru besar yang mencapai KPI akan menerima ganjaran RM7,500, manakala guru dalam kumpulan lima peratus teratas berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan, menerima RM1,800 dan 95 peratus guru berikutnya menerima RM900.
“Ganjaran akan diberi kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan kedudukan sekolah dalam ranking Skor Komposit, iaitu 2,500 tempat bagi sekolah rendah dan 300 tempat bagi sekolah menengah.

“Kita berharap ia dapat menyuntik semangat baru kepada guru untuk lebih gigih bagi meningkatkan prestasi sekolah serta keberhasilan pelajar,” katanya ketika melancarkan sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39 yang bertema Guru Pembina Negara Bangsa, di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang dekat sini, semalam.

Hadir sama, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong serta dan Dr Mohd Fuad Zakarshi.

Pada sidang media kemudian, Muhyiddin berkata, walaupun ia membabitkan penambahan perbelanjaan, kerajaan sudah memutuskan memberi ganjaran setiap tahun sehingga masa akan datang.

“Jika sekolah dan pengetua meneruskan usaha serta mencapai kejayaan cemerlang untuk tahun berikutnya, mereka berhak mendapat ganjaran lagi. Kalau meningkat tiap-tiap tahun, pengetua, guru besar dan guru akan dapat ganjaran setiap tahun.

“Apabila panel penilai selesai membuat penilaian termasuk mengambil kira keputusan peperiksaan awam dan keluarkan senarai sekolah yang layak, kita akan bayar seberapa cepat kepada pengetua, guru besar dan guru terbabit,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin mengumumkan empat cadangan Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru yang boleh dilaksanakan segera bagi meringankan beban guru.

Katanya, ia adalah mengurangkan bilangan jawatankuasa peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar menerusi pengecilan jawatankuasa dengan menggabung atau memansuhkan bidang tugas bagi membantu guru menumpu perhatian kepada tugas hakiki, selain memastikan pembahagian tugas diagih secara adil untuk mengelak beban tugas tertumpu kepada guru tertentu.

Beliau berkata, jumlah peperiksaan dalaman perlu dikaji semula, bukan saja untuk meringankan beban guru, malah mengelakkan sistem persekolahan menjadi terlalu berorientasikan peperiksaan.

“Tugas perkeranian di sekolah akan disusun semula menerusi garis panduan terperinci bagi membezakan tanggungjawab hakiki guru dengan tugas perkeranian, sekali gus melonjak kualiti pengajaran dan pembelajaran guru.

“Kursus penting yang perlu dihadiri guru juga akan diselaraskan di peringkat kementerian supaya tidak wujud pertindihan kursus atau guru sama terpaksa mengikuti pelbagai jenis kursus anjuran kementerian, negeri dan daerah,” katanya.

( Petikan Penuh; Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GanjaranKPIguru/Article/ )

Sekali lagi guru-guru di Malaysia digula-gulakan dengan pelbagai insentif yang pada dasarnya memberikan keuntungan, tetapi pada hakikatnya itu adalah mitos yang berterusan dan jalan penyelesaian yang tiada berkesudahan. Mari kita teliti kenyataan di atas secara professional, telus dan ikhlas. Walaupun pada dasarnya perkara-perkara ini sukar diperoleh di Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengumuman ini memberikan banyak keistimewaan kepada golongan Pengetua (2,237 orang)  , Guru Besar (7,685 orang) dan Penolong Kanan (39,688 orang)  di sekolah ( Sumber : http://www.moe.gov.my/) .  Seperti sedia maklum, mereka ini mendapat keistimewaan dari segi kenaikan pangkat (yang dipilih oleh rakan-rakan mereka di atas!), mempunyai gaji yang sedia tinggi, elaun yang melebihi guru-guru lain (Elaun Keraian – walaupun tidak menggunakan wang tersebut untuk merai tetamu sekolah. Biasanya digunakan wang akaun sekolah!) dan kini mereka diberi keutamaan lagi. Bagaimana dengan guru-guru bawahan mereka yang dikenakan tekanan yang pelbagai, dalam segenap sapek samada dari aspek peningkatan prestasi pelajar, disiplin pelajar dan sebagainya. Jerit payah ini, dinikmati hasilnya oleh orang atasan. Walhal orang atasan hanyalah mengarahkannya sahaja. Adilkah begitu?.
Indek Petunjuk Prestasi (KPI) yang diperkenalkan juga masih bersifat subjektif dan masih mempunyai banyak kelemahan dan biasnya. Keadaan ini samalah dengan Sistem SSB dahulu. Biasanya, setelah semua pihak tertentu memperoleh keuntungan dari sistem tersebut, sistem berkenaan dimansuhkan dan diganti dengan sistem yang baru, yang mempunyai ciri yang hampir serupa dengan sistem yang lama. Benda yang sama, istilahnya sahaja yang berbeza. Untungnya, golongan inilah juga yang sekali lagi memperoleh faedah dari sistem berkenaan. Sementara, yang lain hanya mengharap sahaja dari masa ke semasa.


Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: