Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah

May 31, 2010

Gerakan Intifada Terhadap Israel

Filed under: Agama,Budaya Ilmu,Sosiologi — amizax @ 9:32 pm
Tags: , , , ,

Hari ini (31 Mei 2010), sekali lagi dunia digemparkan dengan tindakan kejam dari satu bangsa yang sudah hilang ketamadunannya, Israel Laknatullah. Tentera-tentera rejim IsraelLaknatullah  telah melancarkan gerakan ketenteraan terhadap kapal Mavi Marmara – kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Kapal tersebut didakwa membawa bantuan senjata untuk Palastine, bukannya bekalan makanan. Dari sini kita telah nampak betapa angkuhnya Israel Laknatullah ini dan betapa pengecutnya mereka selama ini. Dilaporkan 16 orang terkorban dan 55 org lagi cedera semasa gerakan ini.

Anehnya, pagi ini, 1 June 2010 (sehingga jam 9.30 pg), setelah saya meninjau di gelintir enjin internet, tiada laporan pula mengenai gerakan ini. Sekali lagi membuktikan golongan dajjal inilah yang menguaai dunia media, cuba menyembunyikan kekejaman rejim Israel Laknatullah dari mata dunia. Cuba kita lihat berita yang dilaporkan oleh rejim ini, mengambarkan sikap barbarian mereka. www.jpost.com/Israel/Article.aspx?id=176970

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/133181

Berdasarkan peristiwa ini, apakah tindakan yang patut kita ambil, sebagai umat Islam dan sebagai tanggungjawab kita terhadap warga dunia yang prihatin.

2 Comments »

  1. Perdana Menteri Malaysia, Datuk seri Najib Tun Razak membentangkan 15 ketetapan dalam usul khas di Parlimen mengutuk serangan tentera Israel ke atas konvoi misi kemanusiaan ke Gaza; Antaranya ketetapan tersebut ialah:-

    1. Mendesak Majlis Keselamatan PBB agar mencela Israel atas perbuatan kejinya itu.
    2. Menggesa PBB merujuk regin Zionis ke Mahkamah Jenayah Antara Bangsa.
    3. Menggesa diadakan satu siasatan bebas.
    4. Menuntut Israel tidak menghalang sebarang konvoi bantuan kemanusiaan kepasa rakyat Palestin.

    Tidak adapun cadangan untuk MEMBOIKOT SEMUA BARANGAN KELUARAN ISRAEL DAN PERKHIDMATAN MEREKA. Yang pasti, khidmad APCO, sebuah syarikat Israel tetap digunakan oleh kerajaan Malaysia. Terdapat banyak lagi barangan dan perkhidmatan Israel yng MASIH kita GUNA. Nampaknya, kita tidak banyak perbezaannya!!.

    Comment by amizax — June 8, 2010 @ 11:36 am | Reply

  2. KENYATAAN MEDIA – PAS MAHU KERAJAAN TAMBAH 12 KETETAPAN LAGI BERHUBUNG USUL KUTUK ISRAEL

    Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa 15 tuntutan Kerajaan Malaysia berhubung isu keganasan Israel ke atas aktivitis yang terlibat dalam konvo Freedom Flotilia di parlimen semalam sebagai tuntutan yang longgar dan tidak lengkap.

    Sehubungan dengan itu, PAS mahu Kerajaan menambah 11 ketetapan berikut agar selari dengan kehendak rakyat:

    1. Mengiatkan kempen anti Israel dab boikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat pelobi Israel diseluruh negara dengan mengunakan semua media dan organisasi Kerajaan.

    2. Mengharamkan kemasukan semua barang dan produk yang berkaitan dengan Israel atau yang mempromosikan negara berkenaan termasuklah dalam bentuk iklan dan filem yang dikeluarkan dari negara sekutu Israel seperti Amerika.

    3. Membatalkan perkhidmatan dan menghalau semua syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Israel seperti APCO Worldwide yang ada dinegara ini.

    4. Malaysia juga perlu membatalkan semua lesen NGO dan organisasi yang terlibat dengan aktiviti Freemason dinegara ini.

    5. Memutuskan hubungan dagang Malaysia-Israel yang dipersetujui secara sulit oleh kabinet dalam Kertas Kabinet bertarikh 20 Mac 1996. Kewujudan kertas ini turut disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Micha Harish dalam majalah Israel-Asia Trade bagi keluaran bulan Mac 1996.

    6. Malaysia, Turki dan negara Islam lain menubuhkan satu jawatankuasa panel guaman khas secara bersama untuk mendakwa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), bukannya membiarkan Turki bersendirian melakukan pendakwaan ini.

    7. Malaysia wajib mengesa mesyuarat tergempar OIC diadakan bagi mengambil ketetapan ke atas isu Palestine-Israel termasuklah bagi menubuhkan pasukan pengaman OIC sendiri bagi melindungi kapal-kapal bantuan yang berlayar ke Palestine dari serangan tentera Israel.

    8. Malaysia memimpin OIC bagi mendesak PBB mengenakan sekatan ekonomi ke atas Israel yang diketahui mempunyai program senjata pemusnah besar-besaran (WMD) dalam bentuk senjata kimi dan Nuklear.

    9. Malaysia juga wajib mendesak negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura serta negara Islam seperti Turki dan Mesir untuk memutuskan hubungan ekonomi dengan Israel serta merta.

    10. Malaysia juga harus menjadi negara pelobi utama gerakan anti Israel dan melobi negara ASEAN, China, Jepun, India dan negara Timur Tengah dan Afrika untuk menekan Israel.

    11. Malaysia juga harus memimpin gerakan untuk melobi sokongan untuk Palestine dan menjadikan negara ini sebagai hub pengumpulan dana bagi tabung bantuan Palestine di rantau ASEAN.

    12. Malaysia mengiktiraf Hamas sebagai Kerajaan Palestine yang sah bukannya wakil dari pergerakan Fatah dalam semua persidangan OIC dan program Kerajaan-kerajaan dunia.

    PAS mahu Kerajaan menunjukan sikap yang serius terhadap Israel dan tidak sekadar melepaskan batuk ditangga dengan menolak semua tindakan kepada Turki dan negara Islam lain untuk dilaksanakan. Inilah peluang jika Malaysia mahu menunjukan kepada dunia bahawa negara ini bukan duduk dibawah telunjuk Amerika yang menjadi sekutu Israel. Ini juga adalah satu bukti sokongan kuat Malaysia terhadap Palestine.

    Ustaz Idris Ahmad
    Ketua Penerangan PAS Pusat

    http://www.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2994:pas-mahu-kerajaan-tambah-11-ketetapan-lagi-berhubung-usul-kutuk-israel&catid=20:kenyataan-rasmi&Itemid=99

    Comment by amizax — June 14, 2010 @ 10:11 am | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: