Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah

September 24, 2010

Kalender Puasa-Puasa Sunat Dalam Islam

Filed under: Agama — amizax @ 11:16 pm
Tags: , ,

Berikut adalah kalender puasa-puasa sunat dalam Islam. Semoga kita dapat menjalani puasa-puasa ini sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah S.W.T dan disamping dapat mempertingkatkan ketakwaan kita kepadaNya. Amin.

PUASA SUNAT

“Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: “Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia (orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.” (Hadits riwayat Muslim)

BULAN HARI FHADILAT
Bulanan 1. Hari-hari al-Baidh ( Hari-hari Putih) = 13, 14, dan 15 hb 

2. Hari-hari Hitam =  pada hari yang ke 27, 28, 29 dan 30 setiap bulan.

3. Pada 3 hari setiap Bulan Qamariah

1. Telah bersabda kepada-ku Rasulullah saw: “Jika kamu berpuasa dalam sebulan, maka puasalah pada 13, 14 dan 15 (hari bulan bagi setiap bulan).”  (HR al-Nasaie, Ibn Majah dan Ahmad) 

2. berpuasa pada tiga hari tersebut itu sebagai permohonan kepada Allah S.W.T supaya menghilangkan kegelapan pada malam-malam itu.

Mingguan Isnin & Khamis Ketika ditanya kepada Nabi saw tentang puasa Isnin dan Khamis baginda bersabda: 

Maksudnya: ‘Dua hari itu dibentangkan padanya amalan kepada tuhan sekelian alam (Allah), maka aku suka dibentangkan amalan-ku sedang aku dalam keadaan berpuasa.” (HR al-Nasaiie, Ibn Majah dan Ahmad dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)

Muharram 

‘Asyura

1. Hari Tasu’a iaitu tanggal 1 hingga 9 hari bulan Muharram 

2. Hari kesepuluh (10) dlm bulan Muharram (‘Asyura) Disunatkan juga berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya bagi berbeza dengan Yahudi = ( 9, 10 dan 11 Muharram)

3. Disunatkan perbanyakkan puasa di bulan ini.

Hadith: 

Maksudnya: “Puasa yang paling utama selepas Ramadhan ialah puasa dalam bulan Allah al-Muharram…” (HR Muslim)

Rejab 1. Sepanjang bulan Rejab
Syaban 1. Keseluruhan bulan kecuali pada hari syak(Hari diragui (antara 30 Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadan) berdasarkan perkataan ‘Aisyah r.’anha: 

Maksudnya: “Tidak aku melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan melainkan dalam bulan Ramadhan dan tidak aku melihat baginda lebih banyak berpuasa berbanding Syaban, baginda puasa dalam bulan Syaban keseluruhannya, melainkan sedikit (sahaja hari yang baginda tidak berpuasa).” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Syawal 1. Puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal 1. Sabda Nabi saw: Maksudnya : “Siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diturutinya dengan 6 hari Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun.” (HR Muslim)
Zulhijjah 1. Hari yang ke-9 dalam bulan Zulhijjah bagi orang yang tidak berwuquf di Arafah. (Hari Arafah) 

2, Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah

3. Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan.

4. Sepuluh hari yang pertama pada bulan Zulhijjah ( 1 hingga 9 Zulhijjah , dan 14 Zulhijjah)

1. Kelebihan berpuasa pada hari itu menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata: 

Maksudnya: “Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam) tentang berpuasa di hari Arafah? Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadits riwayat Muslim)

2. Hadits yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, daripada Nabi S.A.W bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada hari-hari yang lebih dicintai oleh Allah untuk dilakukan ibadah kepadaNya daripada sepuluh hari di bulan Zulhijjah, dimana satu hari berpuasa daripadanya (sebanding) dengan puasa satu tahun dan mendirikan ibadah satu malam daripadanya (sebanding) dengan mendirikan ibadah pada lailatulqadar.” (Hadits riwayat Tirmidzi)

3. “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W adalah melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di hari ‘Asyura’ dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.” (Hadits riwayat An-Nasa’i)

Bulan-bulan Haram 1. Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram, dan Rejab
Hari yang dilarang berpuasa 

(HARAM)

1. Aidilfitri iaitu pada 1 Syawal. 

2. Aidiladha pada 10 Zulhijjah.

3. Tiga hari Tasyriq iaitu pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah.

4. Hari syak atau hari diragui (antara 30 Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadan)

Hari yang MAKRUH berpuasa 1. JUMAAT SAHAJA.-  Namun begitu, jika seseorang itu berpuasa berturut-turut dimulai pada Khamis dan disambung Jumaat atau dimulai Jumaat dan disambung Sabtu, maka hukumnya dibolehkan.
Begitu juga boleh berpuasa pada Jumaat sekira-nya berpuasa berselang hari (seperti puasa Nabi Daud), dan kebetulan puasa itu jatuh pada Jumaat. 

2. SABTU SAHAJA – Begitu juga, kalau berpuasa sehari sebelumnya dan sehari selepasnya, bolehlah berpuasa pada Sabtu. Begitu juga kalau kita berpuasa berselang hari, kebetulan harinya jatuh pada Sabtu, boleh berpuasa pada hari itu.

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: “Dimanakah orang-orang yang berpuasa?” Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorangpun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorangpun yang masuk dari padanya.” (Hadits riwayat Bukhari)

“Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.” (Hadits riwayat Bukhari)

16 Comments »

  1. assalamualaikum….

    terima kasih di atas perkongsian ilmu ini….mohon saya untuk share ilmu ni kpd rakan2 yang lain…terima kasih kembali….

    Comment by yuziyeri — October 8, 2010 @ 4:28 pm | Reply

  2. Assalamualaikum..

    Terima kaseh dan semuga Allah memberkati hidup mu sekeluarga.. mohon untuk saya turut berkongsi ilmu dengan anak2 dan teman2 yang lain.

    Assalamualaikum

    Comment by Rozanah — October 26, 2010 @ 10:00 pm | Reply

  3. salam, terima kasih atas perkongsian ini. moga tuan blog dlm rahmat Allah selalu.

    Comment by hidayah — December 15, 2010 @ 10:28 am | Reply

  4. […] KALENDER PUASA-PUASA SUNAT DALAM ISLAM September 2010 2 comments 5 […]

    Pingback by 2010 in review « Amizax's Weblog – Menjana Pemikiran Ilmiah — January 5, 2011 @ 11:13 am | Reply

  5. assalamualaikum,

    perkongsian ini amat membantu saya dan rakan-rakan lain menjalani ibadah puasa. terima kasih

    Comment by khairi motaji — February 20, 2011 @ 9:19 am | Reply

  6. Assalammualaikum.Terima kasih diatas perkongsian ilmu ini…ibadah bertambah yakin dengan pengetahuan ini…..

    Comment by hanitah — December 1, 2011 @ 1:46 am | Reply

  7. Puasa sunat….marilah kita sama-sama cuba mengerjakannya disamping mendapat pahala …dapat juga menyihatkan badan..insyaAllah..

    Comment by Nor Aishah Abdul Manan — December 5, 2011 @ 1:25 pm | Reply

  8. Baik sekali info ini. Terima Kasih. semuga Allah merahmati orang yang menyediakan jadual ini

    Comment by mariam — October 16, 2012 @ 7:41 am | Reply

  9. perkongsian yg amat ber manfaat utk sy..mohon share pd yg lain 😉

    Comment by zira — December 2, 2012 @ 11:43 am | Reply

  10. asaalamialaikum warahmatullahi wabarokatuh
    terima kasih atas informasinya, semoga allah memberikan rahmat dan hidayahnya kepada orang yang telah membuat kalender puasa-puasa sunat dama islam ini. dan smoga bermanfaat bagi semua orang yang membukanya..

    Comment by Denda wiguna — February 24, 2013 @ 10:08 pm | Reply

  11. terima kasih atas inisiatif memaparkan kalender puasa-puasa sunat dalam bulan islam… hanya Allah yang memberi pahala kepada Tuan.. Hajah Noor Azlina

    Comment by Noor Azlina — April 29, 2013 @ 12:30 am | Reply

  12. Bulan-bulan Haram 1. Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram, dan Rejab

    maksudnya bagaimana puasa tu

    Comment by erziana — June 17, 2013 @ 11:12 pm | Reply

  13. terima kasih, mohon untuk kongsi

    Comment by norhayati — December 8, 2013 @ 9:52 am | Reply

    • Silakan.. Terima kasih kerana mengunjungi blog saya,

      Comment by amizax — December 9, 2013 @ 2:09 am | Reply

  14. assalamualaikum…sy mohon utk share…terima kasih

    Comment by milla — January 22, 2014 @ 6:08 am | Reply

  15. 15.mohon izin saya shre comen diatas terima kasih

    Comment by suyoto, A.Md — June 22, 2017 @ 9:21 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a reply to Nor Aishah Abdul Manan Cancel reply

Blog at WordPress.com.